Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 010-8314900 | 06 979 1682 (F)
KURSUS SEPENUH MASA pengambilan.kklej.edu.my Untuk mengetahui tawaran kursus sepenuh masa, maklumat pengambilan pelajar, syarat-syarat kemasukan, sesi kemasukan dan pendaftaran kemasukan. Hubungi 06 9783620 / 010-8172799 - UNIT PENGAMBILAN PELAJAR (EN. FAIRUZZY) INFO LANJUT
SIJIL (2 TAHUN)
  • Servis Kenderaan Ringan
  • Pastri
  • Pengoperasian Perniagaan
  • Tek. Penyejukan & Penyamanan Udara
KURSUS PENDEK kuspen.infoUntuk mengetahui tawaran kursus pendek, senarai kluster/bidang yang ditawarkan sepanjang tahun, cara permohonan dan sebagainya. HUBUNGI EN. ABDUL AZIZ BIN TALIB di talian 0108314900 / 069783597. INFO LANJUT
Kluster Kursus Pendek
  • Multimedia /Komputer
  • Pengurusan / Kewangan
  • Katering / Sajian / Masakan
  • Kejuruteraan

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE KOLEJ KOMUNITI LEDANG (JULAI 2025)

    • Dengan syarat minima LULUS Bahasa Melayu, Sejarah (SPM) dan SATU (1) dari mana-mana subjek memperolehi Kepujian, calon adalah layak untuk mendaftar kemasukan di Kolej Komuniti Ledang.
    • Tiada penggunaan nombor PIN untuk mengakses e-Borang MyPolyCC ini. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
      PILIH KOLEJ KOMUNITI LEDANG SEBAGAI PILIHAN UTAMA
    • Berikut adalah lima (5) program utama yang ditawarkan pada sesi akan datang (Julai 2025):
      • SIJIL PASTRI
      • SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
      • SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF
      • SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
      • SIJIL KHAS PASTRI  - program pengajian khas untuk calon pemegang kad OKU (Masalah Pembelajaran)

MOHON DI SINI

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami:
☎️010-8172799 untuk bercakap dengan Pegawai Pengambilan
✉️fairuzzy@lecturer.kklej.edu.my


TAWARAN KURSUS PENDEK DIBUKA!!!
  • Sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang tawaran / takwim kursus pendek boleh berhubung di talian 069789295.

MOHON SENARAI KURSUS

Nama Sijil:
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Intipati Sijil / Silibus:

Program Teknologi Automotif adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  • Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
  • Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
  • Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
  • Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.



Kelayakan Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali



Peluang Kerja:

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang berikut:

  • Mekanik
  • Juruteknik Automotif
  • Pengusaha Bengkel Servis
  • Pengusaha Bengkel Tayar
  • Pengusaha Bengkel Elektrik Automotif
  • Pengusaha Kedai Aksesori Automotif



Durasi Kursus:
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)



Objektif Program Pengajian (PEO) Peratusan Capaian KPI yang ditetapkan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk Program Sijil Teknologi Automotif

 

Statement

KPI

Evidence of stakeholders engagement

PEO1

Dilengkapi dengan kemahiran khusus dan pengetahuan yang diperlukan industri dalam bidang teknologi berkaitan

50%

Mesyuarat Jawatankuasa

Penasihat Kurikulum & Industri (JPPKK)

PEO2

Terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

25%

PEO3

Diterapkan dengan kemahiran keusahawanan dalam bidang pekerjaan

25%

PEO4

Mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan industri

5%