Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 010-8314900 | 06 979 1682 (F)

Nama Sijil :

SIJIL KHAS PASTRI

INTIPATI SIJIL / SILIBUS :

Program Sijil Khas Pastri (KPA) merupakan program khas sepenuh masa bagi peringkat sijil yang ditawarkan selama dua tahun, iaitu tiga semester pengajian di institusi dan satu semester di latihan industri. Program ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar berkeperluan pendidikan khas mempelajari bidang pastri. Bagi mendokong Falsafah Pendidikan Khas, penawaran Program KPA kepada pelajar berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran dapat melatih mereka untuk menjadi individu yang berkebolehan, berkemahiran, dan berdikari. Program ini memberi peluang kepada pelajar berkeperluan pendidikan khas untuk meningkatkan kemahiran pastri yang meliputi kedua-dua aspek teori dan amali. Pelajar didedahkan dengan kemahiran teras displin yang digunakan seperti teknik pembuatan produk pastri, seni hiasan kek,dan amalan sanitasi di dalam penyediaan produk pastri. Pelajar dilengkapkan dengan kemahiran asas khidmat komuniti, cara berkomunikasi, keusahawanan dan interpersonal dalam bidang pastri yang mana merupakan satu cabang dalam industri hospitaliti.

 

KELAYAKAN KEMASUKAN :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon perlu menguasai kemahiran asas 3M — membaca, menulis dan mengira.
  • Jika memohon sebagai pelajar keperluan khas (OKU / masalah pembelajaran) — perlu pemegang kad OKU dan tamat sekolah menengah.

PELUANG KERJAYA :

Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pastri. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut: 

  • Industrial Bakers
  • Homebakers
  • Usahawan
  • Bakery Assistant
  • Kitchen Helper
  • Commis
  • Pembantu Penyelia perkhidmatan makanan

DURASI KURSUS :

2 TAHUN (4 SEMESTER TERMASUK LATIHAN INDUSTRI)

 

OBJEKTIF PROGRAM/PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO): 

Selepas beberapa tahun bergraduat daripada Program Sijil Khas Pastri, graduan berupaya:

 

PEO1

:

Menunjukkan pengetahuan dan berfikiran kritis dalam bidang asas pembuatan pastri.

PEO2

:

Menunjukkan keterampilan dalam bidang asas pembuatan pastri.

PEO3

:

Mempunyai nilai-nilai profesional dalam bidang asas pembuatan pastri.

PEO4

:

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan, berdaya usaha dan berdaya saing dalam bidang asas pembuatan pastri.