Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 010-8314900 | 06 979 1682 (F)

Nama Sijil:
SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

Intipati Sijil / Silibus:

Program Sijil Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar dan mencabar. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

 

  • SEMESTER 1 : Penyediaan Asas Penyamanan Udara, Pemasangan Unit Penyamanan Udara Domestik, Penyelenggaraan Unit Penyamanan Udara Domestik, Amalan Bengkel Mekanikal.

 

  • SEMESTER 2 : Teknologi Elektrik, Penyejukan Domestik, Penyamanan Udara Kenderaan, Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara.

 

  • SEMESTER 3 : Lukisan Kejuruteraan, , Penyejukan Komersial, Penyelenggaraan Package Unit Dan Variable Refrigerant Flow (VRF) Dan Penyelenggaraan Chiller Unit.

 

  • SEMESTER 4 : Latihan Industri



Syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah ( Bagi SPM tahun 2013 ke atas )
  • Mendapat SATU (1) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakuapayaan penglihatan (Buta) pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Peluang Kerjaya:

Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separa mahir yang kompeten dan usahawan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam teknologi penyejukan dan penyamanan udara. Antara bidang kerjaya yang berpotensi untuk diceburi adalah:

  • Juruteknik mekanikal
  • Pembantu penyelia
  • Juruteknik penyejukan dan penyamanan udara
  • Usahawan penyejukan dan penyamanan udara
  • Kontraktor penyejukan dan penyamanan udara
  • Pengusaha pusat servis penghawa dingin kenderaan
  • Pengusaha pusat aksesori dan alat ganti penyejukan dan penyamanan udara

Durasi Kursus:
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)



Objektif Program Pengajian (PEO) Peratusan Capaian KPI yang ditetapkan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara

 

Statement

KPI

Evidence of stakeholders engagement

PEO1

Mengaplikasi pengetahuan dan pemikiran kritis serta berkebolehan menyelesaikan masalah dalam industri penyejukan dan penyamanan udara.

40%

Mesyuarat Jawatankuasa

Penasihat Kurikulum & Industri (JPPKK)

PEO2

Menunjukkan kemahiran praktikal dengan menggunakan peralatan dan teknologi terkini dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara.

25%

PEO3

Menunjukkan kemahiran komunikasi berkesan dengan mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab sosial dalam masyarakat.

5%

PEO4

Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran keusahawanan dengan menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam industri.

25%