Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

Kolej Komuniti melaksanakan sistem akademik yang berpandukan sistem semester. Sistem semester merupakan sistem yang meluas penggunaannya di institusi pengajian tinggi tempatan pada masa kini.



Hubungan Kursus Dalam Sesuatu Semester
Tiap-tiap kursus yang dipelajari dalam satu semester dianggap sebagai kursus yang berasingan. Pelajar dikehendaki lulus dalam kursus yang diambil. Sekiranya pelajar gagal dalam sesuatu kursus, hanya kursus tersebut yang perlu diambil semula. Kelulusan kursus lain tidak akan terjejas.



Penilaian Berterusan
Dalam sistem semester, penilaian pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus dibuat secara berkala dan berterusan di sepanjang semester melalui kerja kursus seperti berikut:

  • Kuiz
  • Ujian
  • Amali
  • Tutorial
  • Tugasan-tugasan lain

Penilaian pelajar tidak semata-mata bergantung pada peperiksaan akhir semester sahaja.



latihan Industri
Latihan Industri (LI) merupakan sebahagian dari syarat kurikulum Kolej Komuniti yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar. LI bertujuan memberi pendedahan tentang suasana kerja yang sebenar serta menghubungkaitkan kefahaman teori dan amali yang telah dipelajari. Tempoh LI ialah selama satu semester. Pelajar akan menjalani LI pada semester ke empat (4) pengajiannya.



Penasihat Akademik
Penasihat Akademik memainkan peranan penting dalam membantu pelajar merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka. Pelajar amat memerlukan khidmat nasihat daripada Penasihat Akademik yang menyeluruh di sepanjang pengajiannya. Penasihat Akademik akan sentiasa memantau pencapaian akademik setiap pelajar di bawah seliaannya.



Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi program pengajian peringkat Sijil mengambil masa selama empat (4) semester atau minimum dua (2) tahun.



Waktu Kuliah
Waktu kuliah di Kolej Komuniti Ledang adalah seperti berikut:

  • Hari: Ahad hingga Khamis
  • Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang