| Nama Sijil: SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
Intipati Sijil / Silibus: Program Sijil Pengoperasian Perniagaan merupakan program sepenuh masa selama dua tahun yang membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal dalam bidang perniagaan, pengurusan, pemasaran, keusahawanan, perakaunan, kewangan, statistik, ekonomi serta teknologi digital. Program ini dirangka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran operasi yang relevan dengan keperluan industri dan memungkinkan mereka memasuki dunia pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pelajar turut didedahkan kepada latihan industri bagi mengukuhkan pengalaman sebenar dalam pengoperasian perniagaan. Antara pengetahuan dan kemahiran yang diterapkan termasuk: - Mengaplikasikan teori asas dan operasi perniagaan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan organisasi.
- Mengurus aktiviti pemasaran, jualan, peruncitan dan sokongan perniagaan dengan kaedah yang sesuai dan berkesan.
- Mengendalikan asas perakaunan, kewangan, data berangka dan laporan perniagaan menggunakan teknik serta peralatan yang betul.
- Menggunakan teknologi digital dalam melaksanakan tugasan dan menyokong fungsi perniagaan.
- Mengamalkan komunikasi profesional, kerja berpasukan, kepimpinan dan etika dalam pelbagai situasi kerja.
- Mengembangkan kemahiran keusahawanan, kreativiti dan pemikiran kritis selari dengan budaya inovasi.
- Membina kemahiran kendiri, sikap positif serta profesionalisme dalam menghadapi cabaran kerjaya.
Prospek Kerjaya : Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengoperasian perniagaan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai sektor industri. Graduan Sijil Pengoperasian Perniagaan berpeluang memulakan kerjaya awal dalam jawatan peringkat penyeliaan dan sokongan perniagaan, antaranya: - Penyelia Perniagaan
- Penyelia Operasi
- Penyelia Jualan
- Penyelia Pemasaran
- Pembantu Pentadbiran
- Pembantu Sumber Manusia
- Pembantu Perakaunan / Kerani Kewangan
- Pembantu Logistik / Penyelia Stor
- Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
- Pembantu Pengurusan / Pembantu Operasi
- Usahawan dalam perniagaan kecil dan sederhana
Laluan ke Program Diploma di Politeknik / Kolej Komuniti : Pelajar yang menamatkan pengajian Sijil Pengoperasian Perniagaan boleh memohon ke program diploma berikut: - Diploma Insurans
- Diploma Pemasaran
- Diploma Pengajian Perniagaan
- Diploma Perniagaan Antarabangsa
- Diploma Pengurusan Peruncitan
- Diploma Keusahawanan (WBL)
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
- Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
- Diploma in Retail Operations Management (WBL)
Syarat Kemasukan : Lepasan SPM - Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran atau lain-lain yang menyukarkan kerja-kerja amali
Durasi Kursus: 2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)
Handbook Classroom: DI SINI
Objektif Program Pengajian (PEO) Program Sijil Pengoperasian Perniagaan, selepas beberapa tahun bergraduat dari Program Sijil Pengoperasian Perniagaan, graduan berupaya: | Statement | PEO1 | Mengaplikasikan teori asas dan pengetahuan praktikal dalam perniagaan selari dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa | PEO2 | Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan asas operasi perniagaan yang berkaitan dalam pelbagai organisasi | PEO3 | Mengaplikasikan asas teknologi digital dan kemahiran pengiraan untuk menyokong fungsi perniagaan | PEO4 | Menunjukkan kemahiran kerja berpasukan, komunikasi dan interpersonal serta sikap bertanggungjawab dalam kemajuan kerjaya | PEO5 | Mengaplikasikan kemahiran kendiri secara berterusan dan etika profesionalisme dalam persekitaran pekerjaan dan sosial |
| |