- Butiran
-
Jumlah paparan: 2092
| | |
|  | | Normah binti Musa Ketua Unit Jaminan Kualiti normah@lecturer.kklej.edu.my | | | | | | | |
Unit Jaminan Kualiti bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan kualiti di Kolej Komuniti Ledang. Senarai Jawatankuasa dan Penyelaras yang bertanggungjawab hal-hal pengurusan Unit Jaminan Kualiti: - Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti
- Jawatankuasa Akreditasi MQA
- Jawatankuasa Akreditasi MBOT
- Jawatankuasa Audit Dalaman ISO
Dasar Kualiti “Kolej Komuniti Ledang (KKLJ) adalah komited membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang Teknikal dan Vokasional dengan mematuhi keperluan Undang-undang, Kehendak Pihak Berkepentingan serta Piawaian Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan.”
Fungsi & Peranan
- Menguruskan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) institusi berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:2015 yang ditetapkan bagi menjamin kecemerlangan pengurusan kualiti institusi.
- Menguruskan hal-hal berkaitan akreditasi (MBOT dan MQA) berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkaitan bagi memastikan kepatuhan akreditasi program di institusi.
- Menguruskan pelaksanaan Audit Dalaman ISO yang dikendalikan oleh Ketua Audit Dalam dan Juruaudit yang telah dilantik.
- Menguruskan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan satu (1) kali setahun.
- Menguruskan Audit Luaran oleh pihak SIRIM, satu (1) kali setahun.
| |
| | |