Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 010-8314900 | 06 979 1682 (F)
KURSUS SEPENUH MASA pengambilan.kklej.edu.my Untuk mengetahui tawaran kursus sepenuh masa, maklumat pengambilan pelajar, syarat-syarat kemasukan, sesi kemasukan dan pendaftaran kemasukan. Hubungi 06 9783620 / 010-8172799 - UNIT PENGAMBILAN PELAJAR (EN. FAIRUZZY) INFO LANJUT
SIJIL (2 TAHUN)
  • Servis Kenderaan Ringan
  • Pastri
  • Pengoperasian Perniagaan
  • Tek. Penyejukan & Penyamanan Udara
KURSUS PENDEK kuspen.infoUntuk mengetahui tawaran kursus pendek, senarai kluster/bidang yang ditawarkan sepanjang tahun, cara permohonan dan sebagainya. HUBUNGI EN. ABDUL AZIZ BIN TALIB di talian 0108314900 / 069783597. INFO LANJUT
Kluster Kursus Pendek
  • Multimedia /Komputer
  • Pengurusan / Kewangan
  • Katering / Sajian / Masakan
  • Kejuruteraan

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE KOLEJ KOMUNITI LEDANG (JULAI 2025)

    • Dengan syarat minima LULUS Bahasa Melayu, Sejarah (SPM) dan SATU (1) dari mana-mana subjek memperolehi Kepujian, calon adalah layak untuk mendaftar kemasukan di Kolej Komuniti Ledang.
    • Tiada penggunaan nombor PIN untuk mengakses e-Borang MyPolyCC ini. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul.
      PILIH KOLEJ KOMUNITI LEDANG SEBAGAI PILIHAN UTAMA
    • Berikut adalah lima (5) program utama yang ditawarkan pada sesi akan datang (Julai 2025):
      • SIJIL PASTRI
      • SIJIL TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
      • SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF
      • SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN
      • SIJIL KHAS PASTRI  - program pengajian khas untuk calon pemegang kad OKU (Masalah Pembelajaran)

MOHON DI SINI

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami:
☎️010-8172799 untuk bercakap dengan Pegawai Pengambilan
✉️fairuzzy@lecturer.kklej.edu.my


TAWARAN KURSUS PENDEK DIBUKA!!!
  • Sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang tawaran / takwim kursus pendek boleh berhubung di talian 069789295.

MOHON SENARAI KURSUS

Nama Sijil:
SIJIL PASTRI

Intipati Sijil / Silibus:

Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara praktikal dalam bidang Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan ataupun menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
Dalam program ini pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  • Kaedah penghasilan kek mengikut kaedah dan teknik yang betul.
  • Kemahiran menghias kek secara kreatif.
  • Kemahiran menghasilkan roti, pastri dan showpiece menggunakan teknik dan kaedah yang betul.
  • Penghasilan variasi dessert yang merangkumi tempatan dan antarabangsa.



Kelayakan Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali



Peluang Kerja:
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Pastri. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:

  • Usahawan dalam bidang Pastri
  • Assistant Pastry Cook
  • Pekerja industri makanan dan minuman



Durasi Kursus:
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)



Objektif Program Pengajian (PEO) Program Sijil Pastri, selepas beberapa tahun bergraduat dari Program Sijil Pastri, graduan berupaya:

 

Statement

PEO1

Menunjukkan pengetahuan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran numerasi dalam bidang Pastri

PEO2

Mempamerkan kemahiran teknikal dan kemahiran teknologi digital dalam bidang Pastri

PEO3

Mengamalkan kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan budaya dalam menyampaikan perkhidmatan

PEO4

Mengamalkan ciri kepimpinan, pembangunan kendiri, minda keusahawanan dan mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan