Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 / 06 978 9834 (T)
  • Phone 06 979 1682 (F)

  Hanim binti Abdul Rahim
Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
         

Unit Perhubungan Industri dan Alumni merupakan salah satu unit sokongan yang menguruskan penempatan pelajar untuk menjalani latihan industri bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing yang memenuhi keperluan industri dalam Negara. Unit ini amat mengalu-alukan penglibatan agensi/organisasi swasta atau kerajaan yang dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Ledang khasnya untuk menjalani latihan industri. Dengan peluang ini, pihak industri turut menyumbang memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar dalam bidang yang diceburi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan pelajar ke arah dunia pekerjaan. Unit ini juga menjalinkan kerjasama dan merapatkan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi memperkasa jaringan kolaborasi strategik, meningkatkan efisiensi jabatan serta pemerkasaan komuniti dan peningkatan taraf hidup masyarakat.



Fungsi & Peranan

  • Menguruskan proses latihan industri kepada pelajar yang layak.
  • Menjadi perantara di antara pelajar dengan organisasi luar yang menjadi tempat latihan pelajar.
  • Mengawal selia pemantauan dan penyeliaan latihan industripelajar.
  • Menyediakan penilaian latihan industri pelajar.
  • Menyelaras aktiviti latihan industri.
  • Melaksanakan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan ke atas pencapaian objektif latihan industri pelajar.
  • Melaksanakan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO.