Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

Permohonan jawatan kosong sebagai tenaga pengajar (pensyarah) atau staf sokongan di Kolej Komuniti Ledang adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP). Bagi pelajar-pelajar dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang ingin menjalani latihan industri, kami sangat mengalu-alukan permohonan anda. Bidang yang boleh diikuti semasa menjalani latihan industri:

  • Akademik (dalam bidang Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Pengajian Islam, Automotif, Elektrikal, Perakaunan dan Pastri)
  • Sains Komputer / Multimedia / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Perisian / Rangkaian Komputer
  • Pengurusan Pejabat
  • Kewangan atau Perakaunan
  • Kesetiausahaan
  • Psikologi / Kaunseling
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Bangunan
  • Kejuruteraan (Mekanikal, Elektrikal, Awam)

Lain-lain bidang berkaitan juga boleh dipertimbangkan.
Pengambilan pekerja secara kontrak adalah mengikut keperluan. Sekiranya ada, pihak kami akan iklankan di dalam laman web ini.

Sebarang permohonan pekerjaan melalui emel tidak akan dilayan melainkan dinyatakan di dalam iklan (jika ada). Harap maklum.