Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi Sijil Kolej Komuniti?

» Tempoh pengajian bagi Sijil Kolej Komuniti adalah selama dua (2) tahun termasuk satu semester untuk latihan industri.

  • Pastri - dua (2) tahun
  • Servis Kenderaan Ringan - dua (2) tahun
  • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara - dua (2) tahun
  • Pengoperasian Perniaagaan - dua (2) tahun

 

Bagaimanakah cara perlaksanaan pengajian Sijil Kolej Komuniti?
» Sijil Kolej Komuniti merupakan latihan berdasarkan proses kerja sebenar yang dijalankan secara sepenuh masa (waktu pejabat) di mana 25% meliputi teori dan 75% adalah meliputi praktikal.



Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti pengajian Sijil Kolej Komuniti?

» Yuran pengajian bagi Sijil Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00 per semester. Yuran ini tidak termasuk yuran pelbagai.


Adakah setiap kursus bagi Sijil Kolej Komuniti yang ditawarkan sama di setiap Kolej Komuniti di Malaysia?
» Tidak, kursus bagi Sijil Kolej Komuniti adalah tidak sama di setiap Kolej Komuniti. Maklumat tawaran kursus bagi setiap kolej boleh didapati di laman web Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.


Bagaimana caranya sekiranya pelajar ingin berpindah ke Kolej Komuniti lain atau menukar program?
» Pertukaran program bagi calon yang telah mendapat tawaran hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat kekosongan pada program yang diminta dengan mengisi Borang Permohonan Pertukaran Program dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pendaftaran.

 

Bagaimanakah cara permohonan boleh dibuat?
» Kemasukan pelajar dibuka pada Disember dan Jun pada setiap tahun. Pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui online (eBorang) atau datang terus ke Kolej Komuniti Ledang. Iklan permohonan juga ada dikeluarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan. Manakala permohonan secara walk-in boleh dibuat DI SINI.

 

Adakah Kolej Komuniti Ledang menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar?
» Kolej Komuniti Ledang tidak menyediakan kemudahan asrama bagaimanapun pihak kolej akan membantu mencari rumah sewa untuk penginapan pelajar bagi mereka yang mengikuti pengajian Sijil Kolej Komuniti.

 

Adakah bantuan kewangan seperti elaun atau pinjaman disediakan kepada pelajar yang mengikuti pengajian Sijil Kolej Komuniti dan bagaimana untuk saya memohon?
» Ya ada, pelajar yang layak boleh memohon samada melalui Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Bagi OKU anda boleh memohon Elaun Khas Orang Kurang Upaya. Pelajar yang telah mendaftar boleh terus berhubung dengan Penyelaras Biasiswa untuk proses permohonan.

 

Adakah pelajar perlu menjalani latihan industri sepanjang mengikuti Sijil Kolej Komuniti?
» Ya. Setiap pelajar akan melalui latihan industri pada akhir pengajian.


Apakah kelebihan memiliki Sijil Kolej Komuniti?
» Dengan memperolehi Sijil Kolej Komuniti, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling) dan membantu setiap lulusan mendapat pekerjaan berdasarkan bidang yang diceburi (kebolehkerjaan).

 

Bolehkah lulusan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi?

» Boleh, lulusan Sijil Kolej Komuniti berpeluang menyambung pengajian ke peringkat diploma dengan memohon di mana-mana Politeknik yang menawarkan bidang berkaitan.

 

Adakah pelajar Sijil Kolej Komuniti boleh mengambil cuti semasa tempoh pengajian dijalankan?

» Tidak boleh, pelajar hanya dibenarkan mengambil cuti sekiranya berlaku kecemasan dan hari cuti tersebut wajib digantikan dengan sesi kuliah pada hari yang lain. Pelajar perlu mengemukakan bukti cuti seperti surat kematian atau lain-lain dan menyerahkan kepada pensyarah yang berkenaan. Sekiranya pelajar gagal memenuhi peratus kehadiran sebanyak 80% pelajar dikira gagal dan tidak boleh menduduki peperiksaan akhir.