Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 / 06 978 9834 (T)
  • Phone 06 979 1682 (F)

 OBJEKTIF

  Bantuan kewangan diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan iaitu pendapatan isirumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan tanpa mengira bilangan tanggungan isirumah.
     
GOLONGAN SASARAN   Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.
     
PERINGKAT PENGAJIAN   Sijil
     
TEMPAT PENGAJIAN   Kolej Komuniti
     
SYARAT  
  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
     
PERMOHONAN / PERTANYAAN   Pelajar baharu atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti Ledang yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan atau berhubung dengan Penyelaras Bantuan Kewangan Pelajar iaitu  Pn. Nurul Sabrina binti Khairuddin.

Sila muatnaik untuk rujukan:

Borang BKPKK dan Pengesahan Pendapatan Contoh BKPKK Contoh Pengesahan Pendapatan