Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

 Zulita binti Zainudin
Pegawai Peperiksaan
zulita@lecturer.kklej.edu.my
  
     

Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah merupakan suatu pusat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program.



Fungsi & Peranan

Pegawai Peperiksaan adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan semua urusan dan aktiviti peperiksaan di Kolej Komuniti. Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab:

  • Menerima data pendaftaran kursus / LA yang telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dan mengemaskini data pendaftaran kursus / LA pelajar ke dalam sistem peperiksaan.
  • Menerima senarai pelajar layak dan tidak layak menduduki penilaian akhir yang telah disahkan daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP).
  • Merancang dan menyediakan peralatan asas untuk keperluan peperiksaan.
  • Menyediakan takwim aktiviti berkaitan penilaian dan peperiksaan.
  • Menyediakan jadual waktu peperiksaan.
  • Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan setelah merujuk kepada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP). Mengeluarkan arahan, peraturan dan pekeliling peperiksaan serta memastikan arahan tersebut dipatuhi.
  • Memaklumkan kepada jabatan berhubung dengan tarikh-tarikh penting aktiviti peperiksaan.
  • Memastikan soalan peperiksaan dikawal dan disimpan dengan selamat.
  • Memastikan Lembaran Markah dan dokumen berkaitan disediakan sebelum Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti bersidang.
  • Bertindak sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
  • Mengumumkan bagi pihak Jawatankuasa Kolej Komuniti keputusan peperiksaan kepada pelajar dan pihak yang berkaitan.
  • Mengesahkan dan menandatangani Lembaran Markah selepas dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
  • Menyediakan laporan dan dokumen berkaitan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
  • Mengambil tindakan susulan daripada keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
  • Menyelaras penyediaan transkrip dan cetakan sijil untuk lulusan.

Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan:

  • Menyelaras penyediaan slip keputusan.
  • Menyemak hasil cetakan berkaitan dengan keputusan pelajar.
  • Mempamerkan keputusan di kolej atau melalui hebahan elektronik atau kedua-duanya sekali.