Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 / 06 978 9834 (T)
  • Phone 06 979 1682 (F)

  Siti Hazwani binti Rosli
Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
   
         

Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat diwujudkan untuk membantu membangunkan potensi kumpulan sasar komuniti setempat. Pelbagai kursus pendek yang dilaksanakan telah menyumbang kepada pengurangan jurang tenaga mahir yang dihadapi oleh industri melalui program peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling and reskilling). Program ini bercirikan program terlanggan (customised programme) iaitu dilaksanakan dengan fleksibel untuk pekerja industri selaras dengan agenda Revolusi Industri 4.0. Antara kluster kursus pendek yang dijalankan di Kolej Komuniti Ledang adalah seperti Sains Kesihatan, Bahasa, Elektrik dan Elektronik, Pengurusan Bangunan, Masakan (Katering dan Sajian), Bakeri dan Kulinari, Komputer dan Teknologi Maklumat, Hospitaliti dan Pelancongan, Kenderaan dan Automotif dan sebagainya.



Objektif Kursus Pendek:

  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat
  • Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sisio-ekonomi dalam kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti


Kumpulan Sasaran:

  • Lepasan sekolah/penganggur/institusi pengajian tinggi
  • Ahli kumpulan profesional, eksekutif dan pengurus
  • Warga institusi pendidikan
  • Ahli badan bukan kerajaan (NGO)
  • Pelajar tahfiz/sekolah
  • Suri rumah
  • Pekerja industri/swasta/awam
  • Bekerja sendiri
  • Pesara
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Warga Emas (55 ke atas)

 

Prospek Latihan:

  • Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
  • Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.