Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

 Rizarina binti Ekhwan
Pegawai Latihan dan Pembangunan Staf
rizarina@lecturer.kklej.edu.my
  
     

Berdasarkan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti, pengajaran dan pembelajaran telah menjadi fokus utama bagi Unit Latihan Dan Pembangunan Staf. Oleh itu, unit ini bertanggungjawab dalam merancang dan mendapatkan latihan-latihan yang diperlukan pihak staf Kolej Komuniti Ledang. Di samping itu, unit ini sentiasa memantau keberkesanan program-program pembangunan sumber manusia yang dijalankan agar dapat meningkat kualiti perkhidmatan di Kolej Komuniti Ledang.



Fungsi & Peranan

Menguruskan latihan kakitangan bagi melengkapkan diri pegawai dan kakitangan dengan nilai diri, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan manusia yang terancang berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Bertanggungjawab dalam menguruskan permohonan pensyarah ke Program Sangkutan Industri Penyarah (SIP) atau Latihan Sangkutan Industri (LSI), CIAST bagi yang ingin mengingkatkan kemahiran dan pengalaman. Bertanggungjawab menyenggara data berkaitan latihan staf.

Semua staf adalah dikehendaki untuk memenuhi keperluan tiga (3) hari berkursus setahun. Untuk kemudahan kepada tuan/puan di bawah disenaraikan beberapa laman web berkaitan untuk permohonan kursus secara online. Senarai laman web di bawah adalah dipilih secara rawak untuk makluman dan rujukan tuan/puan walaubagaimanapun kursus yang hendak dimohon adalah digalakkan kompetensi dengan bidang yang tuan/puan ceburi bagi peningkatan kemahiran yang lebih berkualiti.

Kakitangan yang telah menghadiri kursus / bengkel / seminar / persidangan hendaklah memaklumkan kepada Pegawai Latihan dan Perkembangan staf dengan menghantar Borang Pengesahan Kehadiran Latihan untuk dikemaskini maklumat kehadiran kursus tuan/puan.

Permohonan kursus/latihan atas talian yang ditawarkan oleh jabatan/agensi kerajaan/badan berkanun: