Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah lama ditubuhkan sejak penubuhannya pada 2001. JPP memainkan peranan menjadi penghubung di antara pelajar dan pihak pengurusan kolej. Sehingga kini JPP Kolej Komuniti telah melahirkan ramai pemimpin yang mampu merealisasikan impian kerajaan bagi melahirkan modal insan yang mampu memberikan impak kepada negara.

Matlamat

  • Mengasah serta memperkembangkan bakat kepimpinan dan sahsiah diri pelajar ke arah pelapis pemimpin masa depan yang berakhlak serta berkebolehan.
  • Memperkukuhkan semangat kekitaan, perpaduan, dan kebangsaan, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Sebagai perantara pihak pelajar dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Ledang dalam memastikan masalah dan pandangan pelajar dapat disalurkan dan diambil tindakan yang sewajarnya.