Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

Nama Sijil:
SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Intipati Sijil / Silibus:

Program Teknologi Automotif adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  • Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
  • Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
  • Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
  • Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.



Kelayakan Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali



Peluang Kerja:

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang berikut:

  • Mekanik
  • Juruteknik Automotif
  • Pengusaha Bengkel Servis
  • Pengusaha Bengkel Tayar
  • Pengusaha Bengkel Elektrik Automotif
  • Pengusaha Kedai Aksesori Automotif



Durasi Kursus:
2 tahun (4 semester termasuk Latihan Industri)