Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

     
 Nur Azian binti Basir
Pegawai Psikologi
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  
     

Kaunseling merupakan satu proses bersemuka diantara kaunselor berdaftar  dan klien samada klien sukarela atau dirujuk yang berpegang kepada etika kerahsiaan untuk memastikan klien mencapai celik akal bagi memastikan klien berfungsi secara normal di dalam kehidupan. Kolej Komuniti Ledang (KKLJ) mempunyai seorang Kaunselor yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia.



Fungsi & Peranan

  • Menjalankan Sesi Kaunseling Individu kepada warga Kolej Komuniti Ledang, Pelajar dan Komuniti Setempat secara bersemuka atau tele kaunseling.
  • Menjalankan Sesi Kaunseling Kelompok Kepada warga Kolej Komuniti Ledang , pelajar dan komuniti setempat secara bersemuka atau tele kaunseling.
  • Melaksanakan bimbingan dan konsultasi kepada klien yang datang secara sukarela.
  • Mentadbir Ujian Psikologi kepada klien seperti Ujian Kerjaya RIASEC, Inventori Minat Kerjaya Sidek, Ujian Saringan Minda Sihat, Ujian Personaliti Warna, Ujian Gaya Belajar.
  • Melaksanakan program Pementoran dan AKRAB Perkhidmatan Awam.
  • Melaksanakan program pembangunan diri, intervensi, pencegahan dan psikopendidikan.
  • Melaksanakan program yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK) samada peringkat Negeri atau Kebangsaan.
  • Menjalankan program khidmat masyarakat bersama komuniti setempat.
  • Menjalankan tanggungjawab sosial sebagai Sukarelawan Kaunselor bagi jabatan di Daerah yang memerlukan perkhidmatan Kaunselor.
  • Menjalankan pelantikan kumpulan sokongan pelajar iaitu Kelab Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi Kolej Komuniti Ledang (PRISS).