Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 / 06 978 9834 (T)
  • Phone 06 979 1682 (F)

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK) diwujudkan bertujuan untuk memperkasa budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah, staf dan pelajar Kolej Komuniti. Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (UPIK), memainkan peranan penting sebagai pusat bagi penyelarasan semua aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga Kolej Komuniti Ledang. Selain daripada itu, aktiviti pembentangan kertas kerja serta pameran bahan penyelidikan dan produk inovasi yang diusahakan oleh pensyarah, staf dan pelajar turut diberi penekanan.


Tanggungjawab/ Fungsi UPIK:

  • Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan peringkat Kolej Komuniti.

  • Mengurus serta melaksanakan aktiviti-aktiviti R&D & I&C warga akademik di peringkat Kolej Komuniti, zon, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Mengurus dan mengendalikan seminar / kolokium / persidangan di peringkat peringkat Kolej Komuniti, zon, kebangsaan dan antarabangsa.

  • Memantau aktiviti pertandingan inovasi projek pelajar tahun akhir di peringkat unit dan Kolej Komuniti.

  • Menyelaras dan memantau penyertaan pensyarah dan pelajar di dalam seminar penyelidikan dan pertandingan inovasi.

  • Menyelaras dan menyimpan rekod-rekod R&D & I&C jabatan.


Capaian arkib data: