Main Menu

  • Direction Tangkak, JHR
  • Phone 06 978 9295 | 06 979 1682 (F)

MAKLUMAT AM

Objektif Kursus Pendek:

  • Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan
  • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat
  • Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sisio-ekonomi dalam kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti


Kumpulan Sasaran:

  • Lepasan sekolah/penganggur/institusi pengajian tinggi
  • Ahli kumpulan profesional, eksekutif dan pengurus
  • Warga institusi pendidikan
  • Ahli badan bukan kerajaan (NGO)
  • Pelajar tahfiz/sekolah
  • Suri rumah
  • Pekerja industri/swasta/awam
  • Bekerja sendiri
  • Pesara
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Warga Emas (55 ke atas)

 

 

Prospek Latihan:

  • Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
  • Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.

 

INFO KURSUS


Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Ledang, Johor.

 
Kaedah Pembelajaran:
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

 
Tempat Kursus:
Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di Kolej Komuniti Ledang atau mana-mana premis luar yang disyorkan atau dipersetujui bersama.

 
Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui kolej yang menawarkan kursus pendek sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama peserta atau berhubung terus dengan penyelaras kursus pendek melalui talian telefon atau emel tertera. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di ePSH.


Pensijilan:
Peserta kursus pendek akan diberikan Sijil Penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya.

 

MAKLUMAT YURAN

Bayaran Kursus Pendek  / Program Khas / Bermodular / PiSH:

  • Bayaran kursus dikenakan adalah sebanyak RM1 sejam dan minima adalah 5 jam setiap kursus.
  • Kursus Latihan Khas Akaun Amanah
  • Bergantung kepada pakej modul dan kursus.

Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, notah, bahan pengajaran dan lain-lain.