Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
-
Hit: 1314
- PENGENALAN
- Tanggungjawab: Bertanggungjawab memantau dan menyelaras kursus-kursus sepenuh masa yang ditawarkan di kolej juga menyelaras aktiviti kurikulum, penilaian dan peperiksaan, disiplin, dan lain-lain. Jabatan ini terdiri daripada beberapa unit dan dibantu oleh beberapa jawatankuasa bagi memastikan pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan lancar. Antara bidang tugas utama ialah:
- Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Akademik pada awal setiap sesi program pengajian
- Menerima maklumbalas dari semua Ketua Program mengenai perjalanan unit dan P&P
- Menyebarkan maklumat-maklumat dan dasar-dasar terkini
- Menyelaras kurikulum yang diguna pakai di jabatan
- Menyimpan satu salinan lengkap kurikulum yang terkini
- Membuat laporan hasil perbincangan/mesyuarat di dalam mesyuarat pengurusan
- Membuat cadangan penambahbaikkan perlaksanaan kurikulum
- Membuat perancangan takwim akademik, anggaran perbelanjaan program
- Menyelaras sistem pengurusan Penasihat Akademik
- Mengenalpasti kemudahan dan peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan P&P
- Menyediakan maklumat keperluan latihan yang diperlukan oleh pensyarah-pensyarah untuk peningkatan kemahiran
- Mengumpul analisa keperluan latihan pensyarah (Training Need Analysis)
- Melaporkan kepada Pegawai Latihan dan Perkembangan Staf mengenai keperluan latihan pensyarah-pensyarah
Unit di bawah Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran:
- Unit Servis Kenderaan Ringan
- Unit Perkeranian Akaun
- Unit Penyamanan dan Penyejukan Udara
- Unit Pastri
- Unit Pengoperasian Perniagaan
- Unit Pengajian Am
- BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
-
Bidang Tugas Jawatankuasa Akademik dan Latihan:
- Menerima maklumbalas dari semua Ketua Program mengenai perjalanan unit dan P&P
- Menyebarkan maklumat-maklumat dan dasar-dasar terkini berkaitan akademik atau P&P
- Menyelaras kurikulum yang diguna pakai di jabatan
- Menyimpan satu salinan lengkap kurikulum yang terkini
- Membuat laporan hasil perbincangan/mesyuarat di dalam mesyuarat pengurusan
- Membuat cadangan penambahbaikkan perlaksanaan kurikulum
- Menyelaras sistem pengurusan Penasihat Akademik
- Mengenalpasti kemudahan dan peralatan yang diperlukan dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
- Menyediakan maklumat keperluan latihan yang diperlukan oleh pensyarah-pensyarah untuk peningkatan kemahiran
- Mengumpul analisa keperluan latihan pensyarah (Training Need Analysis)
- Melaporkan kepada Pegawai Latihan dan Perkembangan Staf mengenai keperluan latihan pensyarah-pensyarah
Bidang Tugas Jawatankuasa Takwim:
- Membuat perancangan takwim aktiviti unit
- Menyediakan anggaran perbelanjaan bagi aktiviti yang dicadangkan
- Menjalankan aktiviti yang telah dirancang
- Memantau perjalanan aktiviti
- Membuat laporan berkaitan aktiviti yang telah dijalankan bagi tujuan dokumentasi Laporan Tahunan Kolej
Bidang Tugas Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti:
- Merancang dan melaksanakan kegiatan peningkatan kualiti Kolej Komuniti Ledang
- Memantau perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Kolej Komuniti Ledang
- Mewujud dan menyenggara rekod kualiti
Bidang Tugas Jawatankuasa Akredetasi/MQA:
- Membangun dan mengemaskini standard dan kriteria program mengikut bidang
- Merancang dan melaksana penyelidikan berkaitan standard dan kriteria program
- Memberi sumbangan kepakaran dalam latihan berkaitan standard
- Menjadi pusat rujukan bagi perkara-perkara berkaitan standard dan kriteria program
Bidang Tugas Jawatankuasa Coaching dan Mentoring:
- Merancang dan melaksanakan tugas-tugas coaching kepada semua pensyarah
- Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada pensyarah-pensyarah
- Merangka aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan kepada pensyarah-pensyarah berkaitan profesional pensyarah
Bidang Tugas Jawatankuasa Jadual Waktu:
- Menyelaras penyediaan jadual waktu jabatan bagi setiap semester baru
- Menyelaras pengagihan bilik kuliah, makmal, bengkel dan bilik gunasama
- Menyemak draf jadual waktu
- Memastikan jadual waktu dikeluarkan sebelum sesi pengajian bermula pada setiap sesi pengajian
Bidang Tugas Jawatankuasa Pengurusan Aset:
- Melaksanakan pengurusan aset berpandukan Garis Panduan Pengurusan Aset
- Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan JKPAK
- Merujuk kepada Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007, PP Bil.6/2008 dan PP Bil.5/2009 serta menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat-surat Pekeliling yang berkaitan
Bidang Tugas Jawatankuasa CCRT (College Community Research Team):
- Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, inovasi dan penerbitan
- Menyediakan platform kepada pensyarah dan staf kolej untuk membuat dan membentangkan penyelidikan dan kajian yang telah dibuat
- Merancang, merangka & menyelaras program INOREKA/MYSKILL peringkat KKLJ/Zon/Pusat
- Melaksana program INOREKA / MYSKILL peringkat KKLJ/Zon/Pusat
- Menghasilkan bahan-bahan penerbitan:
a) Buku Laporan Tahunan KKLJ
b) Brosur / Pamplet
c) Buletin Berkala
d) Sijil
e) Folio
- Mendapatkan maklumat melalui Ketua Jabatan atau Ketua Unit berhubung dengan :
a) Latarbelakang jabatan atau unit
b) Pensyarah dan staf sokongan
c) Aktiviti sepanjang tahun:
i) Aktiviti Jabatan
ii) Aktiviti Unit
iii) Aktiviti Kelab Kebajikan Jabatan
- Menjalankan latihan-latihan berkaitan peningkatan kemahiran kepada pensyarah dan staf berkaitan penyelidikan dan inovasi
Bidang Tugas Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan:
- Mengenalpasti dan menyediakan garis panduan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu ada
a) Keselamatan Pejabat
b) Keselamatan Bengkel/makmal/bilik kuliah
c) Keselamatan manusia (kakitangan dan pelajar)
- Mengenalpasti faktor-faktor dan keadaan-keadaan yang menjejaskan keselamatan sama ada premis atau manusia dan mengambil langkah-langkah untuk memperbaikinya
- Memastikan pejabat/bengkel/makmal/bilik kuliah dan semua premis jabatan mengutamakan ciri-ciri keselamatan
a) Pintu dan tingkap berkunci selepas waktu pejabat
b) Suis elektrik dan peralatan di ‘off’ selepas digunakan
c) Pelajar tidak menggunakan peralatan tanpa pengawasan
- Bertanggungjawab untuk memastikan staf dan pelajar mematuhi tatacara dan kaedah pencegahan kemalangan dan kebakaran
- Memastikan alatan dan kelengkapan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik dan boleh digunakan
- Berurusan dengan pengawal keselamatan supaya aspek kawalan kampus sentiasa terkawal
- Memantau kebersihan kawasan kolej dari semasa ke semasa dan melaporkan kepada Penyelia Kebersihan jika terdapat ketidak kemasan di sekitar kolej
- Merancang dan melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas semua kakitangan kolej terutama yang berumur 40 tahun ke atas
- Merancang aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang perlu dijalankan kepada semua warga kolej bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan keselamatan kepada semua
- CARTA ORGANSASI
-