plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Sijil Perkeranian Akaun (SMK)

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Program Sijil Modular Kebangsaan Perkeranian Akaun:
SMK 1 - Asas Perakaunan (6 Bulan)
SMK 2 - Aplikasi Komputer Dalam Perakaunan (3 Bulan)
SMK 3 - Sistem Perakaunan Berkomputer (6 Bulan)
SMK 4 - Percukaian (6 Bulan)

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
ASAS PERAKAUNAN - 6BULAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian asas perakaunan, penyediaan buku tunai runcit dan penyata penyesuaian bank serta pengendalian kos. Di samping itu, ianya mengandungi kombinasi pengurusan dokumen sumber, buku catatan pertama, akaun lejar, imbangan duga, penyata kewangan, buku tunai runcit, penyata penyesuaian bank, pengurusan buruh, upah dan bahan mentah yang diberi penekanan khusus dalam melahirkan seorang kerani yang cekap dan berkebolehan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedah metodologi pengajaran adalah secara simulasi, perbincangan dan amali.



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
APLIKASI KOMPUTER DALAM PERAKAUNAN - 3BULAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian komputer dalam perakaunan khususnya melalui penggunaan pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan aplikasi persembahan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedah metodologi pengajaran adalah secara perbincangan dan amali.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER - 6BULAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian sistem perakaunan melalui pengurusan asas perakaunan, folder, profil syarikat, carta akaun, baki awal, stok, aging hutang, pengelompokan jurnal, rekod urusniaga perniagaan, penyediaan penyata penyesuaian bank dan laporan kewangan. Aspek pengendalian sistem kawalan stok dan sistem pembayaran gaji juga diberi penekanan khusus dalam melahirkan seorang kerani yang cekap dan berkebolehan dalam menggunakan sistem perakaunan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedah metodologi pengajaran adalah secara perbincangan dan amali.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PERCUKAIAN - 6BULAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai latihan asas percukaian, mengendalikan cukai langsung dan dokumen percukaian. Melalui percukaian, peserta didedahkan dengan takrifan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan juga penentuan dokumen-dokumen cukai. Peserta akan didedahkan dengan pengendalian cukai langsung melalui penentuan cukai individu dengan pengajian dan perniagaan serta perancangan cukai melalui kaedah taksiran bersama dan taksiran berasingan. Manakala melalui aspek pengendalian dokumen percukaian, peserta didedahkan dengan sistem e-filling dan menyediakan dokumen pembayaran cukai oleh majikan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedah metodologi pengajaran adalah secara perbincangan dan amali.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Terbuka kepada calon 17 tahun ke atas (pesara/warga emas/belia/lulusan universiti/lepasan sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
  • Masyarakat komuniti setempat

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 3 bulan hingga 6 bulan bagi setiap modular dan bergantung kepada bidang kursus yang ditawarkan.


Yuran Pengajian
RM10.00 sebulan


Pembiayaan Elaun Wang Saku
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti mulai tahun 2011. Elaun Wang Saku ini adalah pada kadar RM250.00 seorang dan akan diberikan pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara MALAYSIA
  • Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap
  • Tidak mempunyai penaja lain
  • Mendaftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti sepenuh masa
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00
  • Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA dan mengulang LA adalah TIDAK layak
  • Memenuhi peratus kedatangan/kehadiran 80% ke atas (pelajar yang tidak mencukupi peratus kedatangan/kehadiran kurang 80% tidak layak menerima Elaun Wang Saku pada bulan tersebut sahaja)

 

Cara Permohonan
Permohonan untuk mengikuti Sijil Modular kebangsaan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi ini atau di laman web rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atau menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran. Sila buat pembelian NO PIN untuk permohonan secara online melalui Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK