Program Sijil Modular Kebangsaan Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara: SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan servis penyejukan dan penyamanan udara domestik. Kemahiran ini termasuk kemahiran perkhidmatan pelanggan dan juga kemahiran dalam penyelenggaraan sistem penyamanan udara ‘window unit’, ’multi-split unit’, peti ais dan ‘water cooler’. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja di dalam bidang ini samada sebagai pekerja ataupun seorang usahawan. SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan servis penyejukan dan penyamanan udara kenderaan. Kemahiran ini termasuk kemahiran perkhidmatan pelanggan dan juga kemahiran dalam penyelenggaraan sistem penyamanan udara kereta, bas dan lori. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja di dalam bidang ini samada sebagai pekerja ataupun seorang usahawan. SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan servis penyejukan dan penyamanan udara komersial. Kemahiran ini termasuk kemahiran perkhidmatan pelanggan dan juga kemahiran dalam penyelenggaraan ‘cold room’, ’ice – cube maker’, ’reach in cabinet’, dan ‘vry’. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja di dalam bidang ini samada sebagai pekerja ataupun seorang usahawan. SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran dalam melaksanakan servis penyejukan dan penyamanan udara industri. Kemahiran ini termasuk kemahiran perkhidmatan pelanggan dan juga kemahiran dalam penyelenggaraan ‘water cooled packge unit’, ‘AHU’, 'chiller’, dan ’cooling tower’. Di akhir kursus ini peserta akan dapat memenuhi pasaran kerja di dalam bidang ini samada sebagai pekerja ataupun seorang usahawan. Syarat Kemasukan Tempoh Pengajian Cara Permohonan
SMK 1 - Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Domestik (6 Bulan)
SMK 2 - Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Kenderaan (4 Bulan)
SMK 3 - Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Komersial (6 Bulan)
SMK 4 - Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Industri (4 Bulan)
SERVIS PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA DOMESTIK - 6BULAN
SERVIS PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN - 4BULAN
SERVIS PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA KOMERSIAL - 6BULAN
SERVIS PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA INDUSTRI - 4BULAN
Tempoh pengajian adalah selama 3 bulan hingga 6 bulan bagi setiap modular dan bergantung kepada bidang kursus yang ditawarkan.
Yuran Pengajian
RM10.00 sebulan
Pembiayaan Elaun Wang Saku
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti mulai tahun 2011. Elaun Wang Saku ini adalah pada kadar RM250.00 seorang dan akan diberikan pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
Permohonan untuk mengikuti Sijil Modular kebangsaan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi ini atau di laman web rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atau menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran. Sila buat pembelian NO PIN untuk permohonan secara online melalui Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60.
![]()



