plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Sijil Pastri (SMK)

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Program Sijil Modular Kebangsaan Pastri:
SMK 1 - Pembuatan Kek (4 Bulan)
SMK 2 - Hiasan Kek (5 Bulan)
SMK 3 - Pembuatan Roti (4 Bulan)
SMK 4 - Kuih Muih Tempatan (3 Bulan)
SMK 5 - Pembuatan Biskut (3 Bulan)
SMK 6 - Pembuatan Pencuci Mulut (3 Bulan)

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBUATAN KEK (CAKE MAKING) - 4 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembuatan kek. Persiapan awal sebelum membuat kek, peserta perlu melalui proses penyediaan bahan mentah, peralatan dan kelengkapan bengkel. Teknik pembuatan kek yang menyeluruh meliputi cara mengeluarkan kek dari acuan dan teknik menggunakan mesin akan diajar bagi memastikan proses pembuatan kek akan berjalan dengan lebih lancar. Teknik pembuatan kek akan diberi penekanan khusus supaya peserta akan lebih memahami proses sebenar kaedah pembuatan kek. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
HIASAN KEK (CAKE DECORATION) - 5 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah menghias kek. Mereka akan didedahkan kepada jenis-jenis hiasan kek terkini. Pelbagai teknik akan dipraktiskan dalam sijil ini seperti kaedah menggunakan piping untuk membuat bunga dan borders bagi menghias kek, teknik asas embroidery, bridgework, cushion lattice teknik, struktur 3 dimensi daripada pastillage, buah-buahan dan sayuran daripada marzipan, gumpaste flower dan sebagainya. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBUATAN ROTI (BREAD MAKING) - 4 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembuatan roti. Persiapan awal kepada pembuatan roti akan dimulai dengan pengenalan, penyediaan dan pengumpulan maklumat mengenai fungsi bahan-bahan mentah, peralatan dan mesin yang digunakan, teknik menimbang bahan, dan membanding bezakan fungsi setiap tepung yang digunakan. Mereka akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam pembuatan roti. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
KUIH MUIH TEMPATAN (LOCAL DELICACIES) - 3 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi pembuatan kuih muih tempatan. Mereka juga akan didedahkan secara terus mengenai teknik-teknik yang betul dalam pembuatan kuih dari segi persediaan bahan mentah dan peralatan, persiapan tempat memasak, pengumpulan maklumat mengenai produk kuih bagi menghasilkan hasil yang lebih berkualiti. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBUATAN BISKUT (COOKIES) - 3 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi pembuatan biskut. Mereka akan didedahkan dengan proses pembuatan biskut melalui pelbagai kaedah dan jenis biskut seperti molded, bar, dropped, pressed dan sebagainya. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN

PENCUCI MULUT (DESSERT /ARTISTY) - 3 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi membuat pencuci mulut. Mereka akan didedahkan dengan beberapa kategori pencuci mulut dan pelbagai teknik pembuatan produk. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.

Syarat Kemasukan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Terbuka kepada calon 17 tahun ke atas (pesara/warga emas/belia/lulusan universiti/lepasan sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
  • Masyarakat komuniti setempat

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 3 bulan hingga 6 bulan bagi setiap modular dan bergantung kepada bidang kursus yang ditawarkan.


Yuran Pengajian
RM10.00 sebulan


Pembiayaan Elaun Wang Saku
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti mulai tahun 2011. Elaun Wang Saku ini adalah pada kadar RM250.00 seorang dan akan diberikan pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara MALAYSIA
  • Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap
  • Tidak mempunyai penaja lain
  • Mendaftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti sepenuh masa
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00
  • Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA dan mengulang LA adalah TIDAK layak
  • Memenuhi peratus kedatangan/kehadiran 80% ke atas (pelajar yang tidak mencukupi peratus kedatangan/kehadiran kurang 80% tidak layak menerima Elaun Wang Saku pada bulan tersebut sahaja)

 

Cara Permohonan
Permohonan untuk mengikuti Sijil Modular kebangsaan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi ini atau di laman web rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atau menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran. Sila buat pembelian NO PIN untuk permohonan secara online melalui Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK