plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Sijil Pengoperasi Perniagaan (SMK)

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Program Sijil Modular Kebangsaan Pengoperasian Perniagaan:
SMK 1 - Pengendalian Pejabat (5 Bulan)
SMK 2 - Pengendalian Sumber Manusia (5 Bulan)
SMK 3 - Pengendalian Pemasaran  (5 Bulan)
SMK 4 - Pembangunan Perniagaan (5 Bulan)

 

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENGENDALIAN PEJABAT - 5 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian pejabat khususnya dari aspek tugas-tugas am pejabat, perkhidmatan pelanggan, penyelenggaraan rekod dan fail dan pengurusan mesyuarat. Peserta juga didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan pengurusan pejabat melalui lawatan ke organisasi tertentu.



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENGENDALIAN SUMBER MANUSIA - 5 BULAN
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian sumber manusia. Peserta akan didedahkan dengan tatacara pengambilan pekerja, prosedur pengesahan jawatan, latihan dan pembangunan staf dan penilaian prestasi melalui aktiviti lawatan ke jabatan-jabatan sumber manusia .



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENGENDALIAN PEMASARAN - 5 BULAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi mengendalikan aktiviti pemasaran sesuatu produk. Mengenalpasti persekitaran pemasaran, aplikasi strategi pemasaran dan perkhidmatan pelanggan merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pengendalian pemasaran. Peserta juga akan didedahkan dengan teknik pemasaran melalui e-dagang dan pelaksanaan promosi jualan yang sesuai bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan sepanjang kursus.



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN - 6 BULAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pembangunan perniagaan. Penekanan arena pembelajaran kursus meliputi tatacara penubuhan perniagaan, pengurusan profil perniagaan, penyediaan rancangan perniagaan dan penyediaan dokumen sumber. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik pemasaran melalui e-dagang dan lawatan ke projek usahawan yang berjaya.

 

Syarat Kemasukan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Terbuka kepada calon 17 tahun ke atas (pesara/warga emas/belia/lulusan universiti/lepasan sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
  • Masyarakat komuniti setempat

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 3 bulan hingga 6 bulan bagi setiap modular dan bergantung kepada bidang kursus yang ditawarkan.


Yuran Pengajian
RM10.00 sebulan


Pembiayaan Elaun Wang Saku
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti mulai tahun 2011. Elaun Wang Saku ini adalah pada kadar RM250.00 seorang dan akan diberikan pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara MALAYSIA
  • Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap
  • Tidak mempunyai penaja lain
  • Mendaftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti sepenuh masa
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00
  • Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA dan mengulang LA adalah TIDAK layak
  • Memenuhi peratus kedatangan/kehadiran 80% ke atas (pelajar yang tidak mencukupi peratus kedatangan/kehadiran kurang 80% tidak layak menerima Elaun Wang Saku pada bulan tersebut sahaja)

 

Cara Permohonan
Permohonan untuk mengikuti Sijil Modular kebangsaan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi ini atau di laman web rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atau menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran. Sila buat pembelian NO PIN untuk permohonan secara online melalui Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK