|
Program Sijil Modular Kebangsaan Servis Kenderaan Ringan:
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran dan pengetahuan tentang kerja-kerja asas didalam penyelenggaraan kenderaan ringan. Kemahiran yang akan didedahkan kepada peserta adalah perkhidmatan pelanggan bengkel kereta, penyediaan pra servis kenderaan, pemeriksaan visual kenderaan, perlaksanaan servis asas kenderaan ringan dan prosedur penyerahan kenderaan kepada pelanggan.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran di dalam kerja-kerja pengimbangan dan penjajaran roda kenderaan ringan. Peserta akan didedahkan kepada binaan tayar dan kaedah-kaedah menservis kenderaan. Peserta juga akan dilatih untuk melaksanakan pengimbangan dan penjajaran roda serta juga teknik-teknik membaiki kerosakan tayar.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran didalam melaksanakan rombak rawat enjin bebulang silinder termasuk sistem enjin kepala silinder, bongkah silinder, sistem pelinciran, sistem penyejukan, sistem bahan api dan sistem penyalaan menggunakan peralatan dan teknologi terkini.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran didalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem gantungan, stereng dan brek kenderaan ringan. Kemahiran ini termasuk kemahiran menyelenggara dan baikpulih sistem gantungan hadapan, sistem gantungan belakang, sistem stereng, sistem stereng kuasa, cakera brek, brek gelendong/drum, dan brek parking.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Pelajar akan diberi latihan kemahiran di dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem penghantaran di dalam kenderaan ringan. Ini termasuk kerja-kerja menservis dan membaiki aci pandu, tranmisi manual, tranmisi automatik, kerbeda dan gandar. Peserta akan didedahkan kepada teknologi dan peralatan terkini dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem penghantaran kenderaan ringan. | ||
|
Syarat Kemasukan
Tempoh Pengajian
Cara Permohonan | ||
![]()



