plus minus gleich
toggle
toggle
   

Sijil Modular Kebangsaan (SMK)

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat tanpa had umur, jantina, dan bangsa. Dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa. Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan di Kolej Komuniti Ledang pada masa kini dijalankan secara sepenuh masa sahaja.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran


Syarat Kemasukan

  • Warganegara MALAYSIA
  • Terbuka kepada calon 17 tahun ke atas (pesara/warga emas/belia/lulusan universiti/lepasan sekolah)
  • Pekerja yang sedang bekerja juga boleh memohon
  • Masyarakat komuniti setempat

 

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah selama 3 bulan hingga 6 bulan bagi setiap modular dan bergantung kepada bidang kursus yang ditawarkan.


Yuran Pengajian
RM10.00 sebulan


Pembiayaan Elaun Wang Saku
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti mulai tahun 2011. Elaun Wang Saku ini adalah pada kadar RM250.00 seorang dan akan diberikan pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara MALAYSIA
  • Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap
  • Tidak mempunyai penaja lain
  • Mendaftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti sepenuh masa
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00
  • Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA dan mengulang LA adalah TIDAK layak
  • Memenuhi peratus kedatangan/kehadiran 80% ke atas (pelajar yang tidak mencukupi peratus kedatangan/kehadiran kurang 80% tidak layak menerima Elaun Wang Saku pada bulan tersebut sahaja)

 

Cara Permohonan
Permohonan untuk mengikuti Sijil Modular Kebangsaan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web rasmi ini atau di laman web rasmi Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti atau menghubungi Kolej Komuniti yang berhampiran. Sila buat pembelian NO PIN untuk permohonan secara online melalui Bank Simpanan Nasional dengan harga RM10.60. Permohonan juga boleh  dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Kemasukan Ke Kolej Komuniti. Borang Permohonan boleh diperolehi di mana-mana Kolej Komuniti berhampiran anda.

 

Tawaran Kemasukan

Pengambilan kemasukan pelajar akan dibuat 4 kali setahun iaitu pada Januari, April, Julai dan Oktober.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE LATIHAN 1 MALAYSIA

   

PERMOHONAN ONLINE SMK