plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Maklumat Korporat

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

DASAR
"Sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi latihan serta kemahiran kepada masyarakat setempat yang memerlukannya. Di samping itu, ia memberi peluang dan laluan alternatif  kepada pelajar lepasan menengah dan tercicir dalam sistem pendidikan, pekerja-pekerja serta masyarakat setempat melanjutkan pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka meminati. Ia juga merupakan Pusat Latihan yang fleksibel dalam penawaran kursus, syarat kemasukan, umur dengan menawarkan kursus sepenuh dan separuh  masa berdasarkan kepada keperluan masyarakat setempat. Kolej Komuniti juga berperanan sebagai Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah dan sebelum ke pasaran ataupun melanjutkan pendidikan ke peringkat  lebih tinggi."


MISI
“Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.



VISI
Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."

 

OBJEKTIF

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan:

  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat
  • Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (K-community)
  • Menganjurkan dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga sekerja setempat
  • Mewujudkan dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholders)
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK