Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2009 akan dilangsungkan pada 4-5 November 2009 bertempat di PICC, Putrajaya. Sehubungan dengan itu pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menjayakannya.
Peraduan Pembangunan Aplikasi Web Sumber Terbuka 24 Jam (24-hour Open Source Web Application Development Contest) akan diadakan bersempena dengan persidangan ini. Penyertaan untuk peraduan pengaturcaraan ini dibuka untuk semua pelajar Malaysia dan semua kakitangan kerajaan & swasta. Penyertaan hanya dibuka secara berpasukan (2-5 orang dalam satu pasukan). Peraduan akan berlangsung pada 4-5 November 2009.
Hadiah yang menanti pemenang-pemenang adalah seperti berikut:
Tempat pertama: RM5,000
Tempat kedua: RM3,000
Tempat ketiga: RM1,500
Penyertaan daripada pelajar amat digalakkan. Terdapat hadiah yang menanti untuk *Pasukan Pelajar Terbaik* bernilai RM2,000. Hadiah ini akan diberikan kepada pasukan pelajar yang menghasilkan produk terbaik dikalangan pasukan pelajar yang lain walaupun tidak memenangi 3 hadiah yang lain.
Sekiranya pihak YBhg. Dato'/Dr./Tuan/Puan mengenali mana-mana individu yang berpotensi dan berminat untuk menyertai peraduan ini, sila sampaikan maklumat ini kepada mereka.
Pasukan yang berminat untuk menyertai peraduan ini perlu menghantar borang penyertaan kepada OSCC MAMPU sebelum 20 Oktober 2009.
Disertakan bersama adalah Syarat-syarat & Terma Peraduan dan borang penyertaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://mygosscon.oscc.org.my/2009/24h-o ... v-contest/
Sertai peraduan ini sekarang!
"Bersama Melaksana Transformasi"
SALAM KEGEMILANGAN
OMAR BIN YAAKOP
Seksyen Open Source & Open Standard Sektor Awam
Bahagian Dasar dan Perancangan ICT
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Aras 5 Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
62502 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel : 03-8872 5164 / 019-385 3456
Faks : 03-8889 4841
E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
*PINDAAN
YBhg. Dato'/Prof/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan telah dipinda kepada 20 Oktober 2009.
Adalah diingatkan bahawa Sarapan pagi, makan tengahhari dan makan malam akan disediakan semasa pertandingan. Makanan dan minuman ringan sentiasa disediakan sepanjang pertandingan.
Sekian terima kasih.



