Kejohanan MASKOM 2011 telah melabuhkan tirainya di Wilayah 1 (UTARA) pada 14 Disember 2011. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. TUAN JAFPERI BIN OTHMAN, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji yang mewakili Menteri Besar Perlis. Temasya sukan terbesar Kolej Komuniti ini yang diadakan setiap tahun sudah berakhir dengan wilayah 3 (Selangor) mencipta sejarah tersendiri dengan menjuarai keseluruhan pungutan mata dengan mengenepikan Wilayah 4 (Melaka & Negeri Sembilan) selaku juara bertahan dan lima wilayah yang lain. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! Jumpa lagi di Selangor!
Laporan sepanjang Kejohanan berlangsung telah dihasilkan dalam bentuk BULETIN.
(Sumber dari KK Arau)



