Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan
Khamis, November 18 2010
Ditulis oleh Administrator
| | |
| Tanggungjawab: Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan berperanan dalam merancang dan menyelaraskan projek pembangunan dan penyelenggaraan. Ia melibatkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan serta menukar alat ganti. Disamping itu juga unit ini bertanggungjawab dalam tugas-tugas menyelia dan memantau projek pembangunan dan penyelenggaraan yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Dibantu oleh juruteknik-juruteknik di dalam bidang mekanikal, elektrikal dan bangunan.
Bidang Tugas Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelenggaraan:
- Mengenalpasti dan membaikpulih kerosakan kecil di bangunan, peralatan dan mesin di pejabat, bengkel dan makmal
- Membuat pemeriksaan berkala terhadap sistem keselamatan bangunan dan peralatan
- Memastikan Sistem Kebakaran Bangunan Kolej, Panel Alarm System dan Bilik Pump berfungsi dengan baik
- Menguruskan perolehan unit pembangunan melalui pembelian tunai, pesanan kerajaan atau sebutharga.
- Menyelenggara stor unit pembangunan dalam urusan daftar stor, inventori, harta modal dan kad kawalan stok
- Merancang, mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan bangunan baru, kemudahan baru, kerja naik taraf, bangunan tambahan dan kerja ubahsuai bangunan
- Merancang, mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan senggaraan bangunan di Kolej Komuniti
- Merancang, mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan senggaraan peralatan, membaiki, menukar alat ganti dan senggaraan berkala di kolej komuniti
| |
| | |