plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Unit Multimedia dan Sumber

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Tanggungjawab: Mengendali urusan fotografi dan videografi dalam semua aktiviti jabatan termasuklah menjadi pusat pengumpulan data dan rekod. Mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dengan membimbing pensyarah menggunakan teknologi multimedia dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif bagi mewujudkan budaya penggunaan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan serta bertanggungjawab mengurus sepenuhnya pusat sumber.

Menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan, pembangunan, dan perlaksanaan teknologi maklumat, sistem komputer, rangkaian komputer dan internet, laman web, pengurusan server, peralatan & perisian ICT dan sebagainya. Juga bertanggungjawab dalam perancangan pembangunan aplikasi dan sistem maklumat untuk kemudahan staf dan pelajar.

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Multimedia dan ICT:

  • Merekabentuk, mengemaskini dan menambahbaik laman web dari masa ke semasa
  • Melakukan senggaraan pencegahan:
    • Melakukan kerja penyengaraan berjadual bagi menjamin kelancaran operasi peralatan ICT dan rangkaian
    • Menggunakan carta alir penggunaan sesuatu alat terhadap cara penggunaannya
  • Senggaraan perisian dan aplikasi:
    • Memastikan segala jenis perisian komputer berfungsi dengan baik pada setiap masa
    • Memastikan setiap penggunaan perisian yang dipasang pada komputer adalah perisian yang sah (bukan cetak rompak)
  • Membangunkan sistem aplikasi pengguna (menggunakan pengaturcaraan) sekiranya diperlukan
  • Melaporkan kerosakan aset ICT kepada Pegawai Aset untuk kelulusan penyelenggaraan baikpulih atau alatganti
  • Menyelaras pengurusan dan perlupusan aset ICT
  • Membantu menguruskan rangkaian kampus di KKLJ di jabatan/unit:
    • Memastikan kelancaran e-mail jabatan/unit
    • Memastikan capaian internet berfungsi dengan baik
  • Memastikan setiap peralatan dan kemudahan memenuhi piawaian keselamatan
  • Mengawal urusan keluar masuk peralatan ICT
  • Mengurus dan mengendali urusan fotografi dan videografi berkaitan aktiviti kolej

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Sumber:

  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan perpustakaan
  • Membuat pembelian buku
  • Memastikan pelajar dan pensyarah dapat menggunakan kemudahan perpustakaan dengan baik
 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK