Unit Peperiksaan
Khamis, November 18 2010
Ditulis oleh Administrator
| | |
| Tanggungjawab: Unit ini menyelaras sepenuhnya urusan penilaian peperiksaan. Selain daripada itu, unit peperiksaan juga bertanggungjawab hal-hal berkaitan jadual peperiksaan, soalan-soalan peperiksaan, mencetak soalan peperiksaan dan juga keputusan peperiksaan. Unit ini juga menyimpan rekod keputusan pelajar selain dari senarai lulusan yang telah menamatkan pengajian di kolej komuniti. Unit ini disokong oleh penyelaras-penyelaras peperiksaan bagi setiap unit akademik.
Bidang Tugas Jawatankuasa Unit Peperiksaan:
- Menyedia dan mengedarkan takwim peperiksaan kepada pensyarah
- Menyimpan dan merekod bank soalan
- Mencetak soalan peperiksaan akhir
- Memantau perjalanan peperiksaan akhir yang dilaksanakan
- Menyimpan dan merekod markah PB & PA pelajar
- Menyediakan Lembaran Markah
- Menyediakan Laporan Lulusan
- Menyediakan Laporan Pelajar Tidak Memenuhi Syarat Lulus
- Mencetak dan merekod slip keputusan peperiksaan
- Mencetak dan merekod sijil
Bidang Tugas Jawatankuasa Peperiksaan Kolej:
- Menentu dan melaksana semua dasar berhubung dengan aktiviti peperiksaan
- Memastikan peraturan-peraturan peperiksaan dipatuhi
- Menentu tindakan yang akan diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan peperiksaan
- Memutus kedudukan pencapaian akademik pelajar
- Mengumumkan keputusan peperiksaan
- Mempertimbangkan dan memutuskan rayuan awal yang dikemukakan oleh pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan
| |
| | |