plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Unit Hal-Hal Pelajar

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Tanggungjawab: Bertanggungjawab bagi urusan pengambilan pelajar baru, pertukaran kursus atau kolej. Selain daripada menyimpan rekod-rekod pelajar, menyelaras bantuan pinjaman, menjaga kebajikan pelajar, aktiviti pelajar menerusi kokurikulum dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan juga menyimpan rekod disiplin pelajar.
Unit ini disokong oleh beberapa penyelaras, antaranya adalah:

  • Penyelaras Rekod & Pendaftaran
  • Penyelaras Pinjaman
  • Penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
  • Penyelaras Kebajikan Pelajar
  • Penyelaras Sukan & Kokurikulum
  • Penyelaras Kelab & Persatuan
  • Penyelaras Disiplin

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar:

  • Mewujud satu kaedah serta prosedur pendaftaran pelajar bagi Kolej Komuniti Ledang
  • Memastikan segala keperluan (peralatan dan sebagainya) untuk proses pendaftaran dipenuhi
  • Mengenalpasti bidang tugas setiap Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar dan para petugas sebelum/semasa/selepas hari pendaftaran
  • Memastikan bidang tugas AJK pendaftaran pelajar dan para petugas dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan proses pendaftaran dilaksanakan dengan lancar, sempurna dan bersistematik

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Pengambilan Pelajar:

  • Menguruskan urusan pengambilan pelajar pada setiap ambilan
  • Memastikan pengambilan pelajar berjalan lancar
  • Membantu Unit Penerangan menyediakan bahan promosi yang berkaitan dengan pengambilan pelajar

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Perwakilan Pelajar:

  • Bertindak sebagai pemantau, perancang dan pelaksana dalam menggerakkan aktiviti semua pelajar di Kolej Komuniti Ledang dan juga dengan pihak luar
  • Sebagai saluran aduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Ledang dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan juga pihak Kerajaan Amnya serta pihak-pihak yang ada kaitan dengan kebajikan pelajar
  • Membantu pihak pengurusan Kolej Komuniti menangani isu-isu berkaitan masalah tatatertib dan disiplin pelajar dengan dibantu oleh exco-exco tertentu sebagai saluran untuk mendekati dan memberikan penjelasan kepada pelajar mengenai sesuatu isu yang berbangkit

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Kebajikan Pelajar:

  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar
  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan insurans pelajar
  • Menguruskan hal-hal pengeluaran duit aktiviti pelajar (akaun koperasi)

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Disiplin Pelajar:

  • Merancang perlaksanaan perancangan pengurusan disiplin tahunan kolej
  • Melaksanakan perancangan pengurusan disiplin tahunan kolej yang diluluskan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengarah)
  • Menguruskan tindakan tatatertib mengikut Akta 174 terhadap pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib
  • Menguruskan Borang Aku Janji Pelajar
  • Memberi taklimat kepada pelajar baru dan lama serta mengedarkan Buku Panduan dan Peraturan Am Kolej Komuniti KPT kepada semua pelajar
  • Menjadi Urusetia Tatatertib Pelajar
  • Merancang dan melaksana program/kawalan disiplin pelajar

 

Bidang Tugas Jawatankuasa Biasiswa dan Wang Saku Pelajar:

  • Mengenalpasti pinjaman/biasiswa yang boleh dipohon oleh pelajar
  • Memastikan setiap pelajar ditawarkan biasiswa/pinjaman/wang saku dan memohon dari mana-mana penaja yang bersesuaian
  • Membantu pelajar dalam proses permohonan dan menerima pembayaran
  • Memantau status dan keputusan peperiksaan setiap pelajar untuk dimaklumkan kepada penaja masing-masing
  • Membantu menyelesaikan masalah terhadap mana-mana pelajar yang tidak menerima pembayaran yang sepatutnya
  • Memantau kehadiran pelajar pada setiap bulan bagi penerimaan wang saku/elaun
 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK