Program ini bertujuan untuk memberikan khidmat sumbangan sosial dengan cara mengadaptasikan dan mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang ada di Kolej Komuniti kepada komuniti luar (masyarakat) melalui pelajar-pelajar Kolej Komuniti serta IPT tempatan. Di mana pelajar ini di jadikan anak angkat di samping itu ia juga sebagai landasan untuk memperkenalkan Kolej Komuniti kepada masyarakat setempat.
PROGRAM INI BERMULA DARI 12 HINGGA 15 OKTOBER 2011 DI KAMPUNG PLENTONG TENGAH JOHOR. Tetamu yang akan hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK).
Antara aktiviti kemasyarakatan yang di jalankan ialah membina dua buah rumah menggunakan konsep FAST TRACK WALL, menjalankan kursus khidmat masyarakat seperti membuat set kerusi taman dengan menggunakan teknik simenfero, pengurusan jenazah, sembelihan ayam dan lembu , masakan pasta dan muffin, solekan dan dandanan rambut, pemasangan pendawaian elektrik serta pemasangan paip bagi 20 rumah penduduk kampung yang terpilih. Kolej Komuniti Ledang turut menyumbang dalam menjayakan program ini di mana dilantik sebagai Jawatankuasa Jamuan VVIP, Jawatankuasa Persembahan, dan Jawatankuasa Kursus Khidmat Masyarakat. Seramai hampir 20 orang pelajar Kolej Komuniti Ledang terlibat di dalam program ini.



