plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Pembiayaan Elaun Wang Saku Pelajar

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) dan Sijil Kolej Komuniti mulai tahun 2011. Elaun Wang Saku ini adalah pada kadar RM250.00 seorang dan akan diberikan pada setiap bulan kepada pelajar-pelajar yang layak berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Warganegara MALAYSIA
  • Tidak mempunyai pekerjaan/pendapatan tetap
  • Tidak mempunyai penaja lain
  • Mendaftar sebagai pelajar di Kolej Komuniti sepenuh masa
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan (calon atau ibu bapa/penjaga) tidak melebihi RM3000.00
  • Mengambil semua Learning Area (LA) dalam setiap SMK (calon yang mengambil sebahagian LA dan mengulang LA adalah TIDAK layak
  • Memenuhi peratus kedatangan/kehadiran 80% ke atas (pelajar yang tidak mencukupi peratus kedatangan/kehadiran kurang 80% tidak layak menerima Elaun Wang Saku pada bulan tersebut sahaja)

Sebarang kemusykilan berhubung pembiayaan wang saku, pelajar boleh berhubung dengan En. Mohd Hafiz bin Hashim (Pegawai Hal Ehwal Pelajar).

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK