Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendaftar dan mengikuti program Sijil Modular Kebangsaan di Kolej Komuniti Ledang. Pendaftaran secara walk-in masih dibuka kepada anda yang ingin mengikuti Sijil Modular Kebangsaan di Kolej Komuniti Ledang sehingga 15 Julai 2011. Yuran pengajian serendah RM10.00 sebulan sahaja. Tawaran terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 17 tahun ke atas. Sekiranya berminat sila hubungi pegawai pengambilan kami En. Ahmad Haffizu Abdullah di talian 0126351358. DAFTAR SEKARANG!!!
Antara bidang yang ditawarkan bagi Sijil Modular Kebangsaan:
- Penyelenggaraan Kenderaan Ringan (3 bulan)
- Imbangan dan Penjajaran Roda (3 bulan)
- Rombak Rawat Enjin (3 bulan)
- Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Domestik (6 bulan)
- Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Kenderaan (4 bulan)
- Servis Penyejukan dan Penyamanan Udara Komersial (6 bulan)
- Pengendalian Sumber Manusia (5 bulan)
- Asas Perakaunan (6 bulan)
- Aplikasi Komputer dan Perakaunan (3 bulan)
- Pembuatan Kek (4 bulan)
- Hiasan Kek (5 bulan)



