Bahagian Kebajikan Pelajar, JPKK akan melaksanakan Program Silaturrahim Siswa IPT dan Masyarakat (PROSISMA) dengan tujuan untuk memberikan khidmat sumbangan sosial dengan cara mengaplikasikan kemahiran kepada komuniti luar disamping dapat memperkenalkan Kolej Komuniti kepada masyarakat serata. Kolej Komuniti Pasir Gudang telah dipertanggungjawab sebagai pengelola program ini. Majlis perasmian akan diadakan pada 3 Julai 2011 di Kg. Plentong Tengah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program berlangsung.



