plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Pertandingan Fotografi - Festival Seni Gunung Ledang

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Pertandingan FOTOGRAFI sempenan Festival Seni Gunung Ledang akan di adakan pada 13 - 14 Mei 2011 di Gunung Ledang Resort anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor, Pejabat Daerah Ledang, Pejabat Tanah Ledang, Majlis Daerah Ledang, dan Kolej Komuniti Ledang.

Hadiah:
PERTAMA RM500 + SIJIL
KEDUA RM400 + SIJIL
KETIGA RM300 + SIJIL
5 SAGUHATI RM100 + SIJIL

SETIAP PENYERTAAN AKAN DIANUGERAHKAN SIJIL PENYERTAAN. Penyertaan adalah PERCUMA!

Syarat dan Peraturan Pertandingan:

  1. Pertandingan terbuka kepada semua peringkat umur dan percuma
  2. Tema pertandingan bertajuk "KEUNIKAN DAERAH LEDANG" yang berunsurkan bebas
  3. Setiap penyertaan hendaklah di hantar pada atau sebelum 13 Mei 2011 jam 5.00ptg kepada urusetia pertandingan:
    • Urusetia Pertandingan, Festival Seni Gunung Ledang (Pertandingan Fotografi), Pejabat Tanah Daerah Ledang, Jalan Dataran 2, 84900 Tangkak Ledang, Johor Darul Ta'zim
  4. Penyertaan mestilah dihantar dalam bentuk format JPEG di dalam DVD/CD dan dalam bentuk cetakan bersaiz 8"x12"
  5. Setiap peserta boleh menghantar sebanyak 3 penyertaan sahaja
  6. Penyertaan hanya dinilai dari segi autentik sahaja tanpa ada unsur ubahsuai "edit" berkomputer
  7. Sila tulis di belakang gambar maklumat peserta, nama, alamat dan no telefon
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad
  9. Setiap gambar penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur

 

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK