SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBUATAN KEK (CAKE MAKING) - 4 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembuatan kek. Persiapan awal sebelum membuat kek, peserta perlu melalui proses penyediaan bahan mentah, peralatan dan kelengkapan bengkel. Teknik pembuatan kek yang menyeluruh meliputi cara mengeluarkan kek dari acuan dan teknik menggunakan mesin akan diajar bagi memastikan proses pembuatan kek akan berjalan dengan lebih lancar. Teknik pembuatan kek akan diberi penekanan khusus supaya peserta akan lebih memahami proses sebenar kaedah pembuatan kek. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
HIASAN KEK (CAKE DECORATION) - 5 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah menghias kek. Mereka akan didedahkan kepada jenis-jenis hiasan kek terkini. Pelbagai teknik akan dipraktiskan dalam sijil ini seperti kaedah menggunakan piping untuk membuat bunga dan borders bagi menghias kek, teknik asas embroidery, bridgework, cushion lattice teknik, struktur 3 dimensi daripada pastillage, buah-buahan dan sayuran daripada marzipan, gumpaste flower dan sebagainya. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBUATAN ROTI (BREAD MAKING) - 4 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah pembuatan roti. Persiapan awal kepada pembuatan roti akan dimulai dengan pengenalan, penyediaan dan pengumpulan maklumat mengenai fungsi bahan-bahan mentah, peralatan dan mesin yang digunakan, teknik menimbang bahan, dan membanding bezakan fungsi setiap tepung yang digunakan. Mereka akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam pembuatan roti. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
KUIH MUIH TEMPATAN (LOCAL DELICACIES) - 3 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi pembuatan kuih muih tempatan. Mereka juga akan didedahkan secara terus mengenai teknik-teknik yang betul dalam pembuatan kuih dari segi persediaan bahan mentah dan peralatan, persiapan tempat memasak, pengumpulan maklumat mengenai produk kuih bagi menghasilkan hasil yang lebih berkualiti. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBUATAN BISKUT (COOKIES) - 3 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi pembuatan biskut. Mereka akan didedahkan dengan proses pembuatan biskut melalui pelbagai kaedah dan jenis biskut seperti molded, bar, dropped, pressed dan sebagainya. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENCUCI MULUT (DESSERT /ARTISTY) - 3 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi membuat pencuci mulut. Mereka akan didedahkan dengan beberapa kategori pencuci mulut dan pelbagai teknik pembuatan produk. Lawatan ke industri atau premis contoh yang berjaya akan diaturkan semasa kursus.



