plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Program Pengoperasian Perniagaan

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENGENDALIAN PEJABAT - 5 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian pejabat khususnya dari aspek tugas-tugas am pejabat, perkhidmatan pelanggan, penyelenggaraan rekod dan fail dan pengurusan mesyuarat. Peserta juga didedahkan dengan situasi sebenar berkaitan pengurusan pejabat melalui lawatan ke organisasi tertentu.



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENGENDALIAN SUMBER MANUSIA - 5 BULAN
Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pengendalian sumber manusia. Peserta akan didedahkan dengan tatacara pengambilan pekerja, prosedur pengesahan jawatan, latihan dan pembangunan staf dan penilaian prestasi melalui aktiviti lawatan ke jabatan-jabatan sumber manusia .



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PENGENDALIAN PEMASARAN - 5 BULAN
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar bagi mengendalikan aktiviti pemasaran sesuatu produk. Mengenalpasti persekitaran pemasaran, aplikasi strategi pemasaran dan perkhidmatan pelanggan merupakan aspek yang diberi penekanan dalam pengendalian pemasaran. Peserta juga akan didedahkan dengan teknik pemasaran melalui e-dagang dan pelaksanaan promosi jualan yang sesuai bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan sepanjang kursus.



SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN - 6 BULAN
Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar dalam pembangunan perniagaan. Penekanan arena pembelajaran kursus meliputi tatacara penubuhan perniagaan, pengurusan profil perniagaan, penyediaan rancangan perniagaan dan penyediaan dokumen sumber. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik pemasaran melalui e-dagang dan lawatan ke projek usahawan yang berjaya.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK