SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
ASAS PERAKAUNAN - 6BULAN
Peserta akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian asas perakaunan, penyediaan buku tunai runcit dan penyata penyesuaian bank serta pengendalian kos. Di samping itu, ianya mengandungi kombinasi pengurusan dokumen sumber, buku catatan pertama, akaun lejar, imbangan duga, penyata kewangan, buku tunai runcit, penyata penyesuaian bank, pengurusan buruh, upah dan bahan mentah yang diberi penekanan khusus dalam melahirkan seorang kerani yang cekap dan berkebolehan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedan metodologi pengajaran adalah secara simulasi, perbincangan dan amali.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
APLIKASI KOMPUTER DALAM PERAKAUNAN - 3BULAN
Peserta akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian komputer dalam perakaunan khususnya melalui penggunaan pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan aplikasi persembahan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedan metodologi pengajaran adalah secara perbincangan dan amali.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER - 6BULAN
Peserta akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai pengendalian sistem perakaunan melalui pengurusan asas perakaunan, folder, profil syarikat, carta akaun, baki awal, stok, aging hutang, pengelompokan jurnal, rekod urusniaga perniagaan, penyediaan penyata penyesuian bank dan laporan kewangan. Aspek pengendalian sistem kawalan stok dan sistem pembayaran gaji juga diberi penekanan khusus dalam melahirkan seorang kerani yang cekap dan berkebolehan dalam menggunakan sistem perakaunan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedan metodologi pengajaran adalah secara perbincangan dan amali.
SIJIL MODULAR KEBANGSAAN
PERCUKAIAN - 6BULAN
Peserta akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai latihan asas percukaian, mengendalikan cukai langsung dan dokumen percukaian. Melalui percukaian, peserta didedahkan dengan takrifan Akta Cukai Pendapatan 1967 dan juga penentuan dokumen-dokumen cukai. Peserta akan didedahkan dengan pengendalian cukai langsung melalui penentuan cukai individu dengan pengajian dan perniagaan serta perancangan cukai melalui kaedah taksiran bersama dan taksiran berasingan. Manakala melalui aspek pengendalian dokumen percukaian, peserta didedahkan dengan sistem e-filling dan menyediakan dokumen pembayaran cukai oleh majikan. Penilaian dilakukan ke atas peserta dengan menggunakan instrumen kuiz, tugasan, ujian, projek dan pembentangan. Kaedan metodologi pengajaran adalah secara perbincangan dan amali.



