plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Pertandingan Inoreka 2010 Peringkat KKLJ

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Tempat:  Kolej Komuniti Ledang Johor
Bidang:

  • Automotif
  • Bakeri Dan Konfeksioneri
  • Perakaunan Perniaga
  • Penyejukan Dan Penyamanan Udara

Tarikh: 8 - 11 November 2010

Pengenalan
Program Pembangunan Modal Insan dalam Sains, Teknologi & Inovasi merupakan usaha Kolej Komuniti Ledang dalam menyokong bidang STI ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia selaras dengan agenda negara bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemahiran Psikomotor.

Objektif
1. Meningkatkan minat pelajar dalam membuat produk baru atau membuat pengubahsuaian
    terhadap produk lama bertujuan mengatasi masalah sedia ada atau menambahkan mutu
    hidup.
2. Meningkatkan kemahiran penyelidikan yang bermutu tinggi, bertaraf global, dan
    memenuhi kehendak pasaran.

Syarat Dan Peraturan
1. Konsep
    Rekacipta yang ringkas, mudah difahami, serta melibatkan unsur-unsur kreatif, inovatif
    dan praktikal.
2. Kelayakan
          1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Kolej Komuniti Ledang Johor.
          2. Rekacipta yang dipertandingkan mestilah sesuatu yang baru dan tidak pernah
              memasuki mana-mana pertandingan rekacipta anjuran  Kolej Komuniti 
              Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
          3. Penyertaan terbahagi kepada 4 kategori iaitu:
                 a) Program Automotif
                 b) Program Penyejukan Dan Penyamanan Udara
                 c) Program Bakeri Dan Konfeksioneri
                 d) Program Perakaunan Perniaga
3. Syarat-syarat Penyertaan
    a) Setiap penyertaan hendaklah dikemukakan bersama borang penyertaan.
    b) Setiap penyertaan rekacipta hendaklah dijelaskan dengan terperinci dalam bentuk
        kertas kerja. Kertas kerja tersebut hendaklah mengandungi:
                 1. Tajuk rekacipta
                 2. Rumusan / ringkasan rekacipta
                 3. Ciri-ciri pembaharuan / kelebihan rekacipta
                 4. Huraian rekacipta secara terperinci
                 5. Rajah / lukisan teknikal / gambar
    c) Rekacipta tersebut hendaklah wujud secara fizikal serta berfungsi 
    d) Kertas kerja yang disediakan hendaklah ditaip langkau satu baris setengah, tulisan
        Arial, saiz 12 dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
    e) Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada 5 orang peserta.
        (1 orang pensyarah dan 4 orang pelajar)
    f) Setiap penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia Pertandingan sebelum / pada 1
        November 2010 ( Isnin) Jam 5.00 petang. Urusetia pertandingan:
                 1. En. Mat Sazilin Bin Ayub
                 2. En. Noor Halim Bin Ramlan
                 3. Cik Nor Dalila Binti Abd Rahman
4. Hadiah
    a) Hanya rekacipta yang memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil untuk sesi penilaian
        dan persembahan.
    b) Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebaran rayuan tidak akan dilayan. Pengadil
        yang menghakimi terdiri daripada pengadil  yang profesional.
    c) Pemenang bagi setiap akan menerima hadiah seperti berikut:
                 Hadiah Tempat Pertama : RM 400.00
                 Hadiah Tempat Kedua    : RM 300.00
                 Hadiah Tempat Ketiga    : RM 200.00
                 Dan;
                 Saguhati ( sijil bagi setiap penyertaan)
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Urusetia Pertandingan dan Ketua Program masing-masing.

Majlis Penutup
11 November 2010
9.00 pagi     : Pameran Hasil Inovasi Dan Rekacipta Oleh Setiap Peserta
10.00 pagi   : Pengadil Membuat Penilaian Hasil Inovasi Dan Rekacipta
12.00 tgh    : REHAT
2.30 ptg      : Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah
                  - Ketibaan Tetamu Jemputan
                  - Ketbaan VIP
                  - Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis
                  - Bacaan Doa
                  - Ucapan Pengarah KKLJ
                  - Ucapan Perasmian
                  - Penyampaian Hadiah
                  - Lawatan Ke Tapak Pameran Inovasi
                  - Jamuan Makan
                  - Bersurai 

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK