Pengenalan
Mengikut unjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, mulai tahun 2005 sehingga 2010, terdapat pertambahan graduan secara purata sebanyak 4.7% setahun. Pertambahan ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan aksesibiliti rakyat kepada pendidikan di peringkat tertiari daripada kadar 29% kepada 40% pada tahun 2010.
Oleh itu dijangkakan pada tahun 2010 seramai 1.6 juta pelajar akan berada di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta. Seiring dengan itu, dijangkakan peningkatan ini menyebabkan kadar pengangguran dikalangan graduan jika tindakan sokongan tidak dilaksanakan. Oleh yang demikian, sebagai satu agenda kritikal, KPT telah melancarkan Program Kebolehpasaran Graduan IPT ini.
Tujuan Utama Program
Melengkapkan siswazah dengan nilai tambah supaya lebih marketable dan employable di pasaran tempatan mahupun antarabangsa, sekaligus mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan lepasan IPT.
Objektif Program
- Meningkatkan kebolehpasaran graduan
- Melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran
- Melatih bakal graduan memulakan perniagaan sebagai usahawan dan mewujudkan peluang pekerjaan
- Meningkatkan penglibatan syarikat melatih dan menempatkan pekerja



