Kami mengucapkan tahniah kepada para pelajar (pelajar junior) yang berjaya mendapat tawaran ke Kolej Komuniti Ledang untuk menyambung pengajian ke peringkat sijil sepenuh masa. Untuk makluman tarikh jangkaan mendaftar bagi sesi Julai 2010 adalah pada 13 Julai 2010 (Selasa). Bagi pelajar senior pula jangkaan mendaftar adalah pada 14 Julai 2010 (Rabu).
Para pelajar yang hadir mendaftar diminta mematuhi semua peraturan pendaftaran semasa mendaftar. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pendaftaran pelajar sila hubungi Unit HHP.



