plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Makluman Pengambilan Pelajar Sesi Julai 2010

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti  bagi Sesi Julai 2010 ditutup pada 30 April 2010 (Jumaat)*.

- Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 30 April 2010 (Jumaat)*. 

- Pemohon yang menggunakan kaedah manual, borang hendaklah sampai di mana-mana Kolej Komuniti berdekatan anda sebelum atau pada 30 April 2010 (Jumaat)*.

- Sila hubungi Kolej Komuniti berhampiran untuk maklumat lanjut jika berminat untuk meneruskan pengajian di Kolej Komuniti.

Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti boleh disemak mulai 09 Mei 2010 (Ahad)*.

- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti HENDAKLAH mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-SPKK). Arahan selanjutnya yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut.

- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Julai 2010 dijangka mendaftar pada 13 atau 14 Julai 2010.

- Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 09 Mei 2010 (Ahad)*. Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Selasa mulai 11 Mei 2010 sehingga 13 Ogos 2010.

NOTA: *Tertakluk pada perubahan

*MAKLUMAN TAMBAHAN: BERMULA PENGAMBILAN SESI JULAI 2010 PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DI KOLEJ KOMUNITI TIDAK LAGI DITAWARKAN. HARAP MAKLUM.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK