Sistem Pengesanan Graduan dibuat untuk mendapatkan pandangan anda terhadap program, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian serta bagaimana anda memasuki dan menghadapi alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada institusi anda dan juga bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan menyatakan terima kasih.