plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Maklumat Pendaftaran Sesi Januari 2010 [PELAJAR BARU/JUNIOR]

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

TAHNIAH kepada saudara/i yang telah terpilih untuk mengikuti program peringkat SIJIL di Kolej Komuniti.

Bagi pelajar semester 1 maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Januari 2010
Tempat: Makmal Bahasa Kolej Komuniti Ledang
Masa: 8.30pg - 1.00tgh

*Pelajar Kolej Komuniti Cawangan Muar (Sijil Dandanan Rambut) dan Pagoh (Sijil Fesyen dan Pakaian) anda juga akan hadir mendaftar pada tarikh dan tempat seperti di atas.

Para pelajar dikehendaki membawa surat tawaran dan dokumen-dokumen berkaitan seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran kemasukan ke Kolej Komuniti pada hari pendaftaran. Pelajar juga diminta untuk menyediakan wang secukupnya bagi pembayaran yuran pengajian dan yuran-yuran lain yang berkaitan.

 

Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan penginapan (rumah sewa), urusan penginapan boleh dibuat semasa hari pendaftaran berlangsung. Setiap pelajar yang memerlukan penginapan (rumah sewa) akan dikenakan bayaran sebanyak RM750.00. Jumlah ini adalah termasuk bayaran deposit dan bayaran selenggara. Bayaran penginapan hendaklah dibayar pada hari pendaftaran secara TUNAI.

 

PIHAK KAMI MENGALU-ALUKAN PERMOHONAN ANDA SECARA WALK-IN BAGI YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SEPENUH MASA PERINGKAT SIJIL DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG, KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN MUAR DAN PAGOH. PERMOHONAN SECARA WALK-IN DIBUAT PADA TARIKH DAN TEMPAT YANG SAMA SEPERTI DI ATAS. PERMOHONAN ANDA AKAN DILULUSKAN SEKIRANYA MEMENUHI KRITERIA DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK