plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Maklumat Pendaftaran Sesi Januari 2010 [PELAJAR SENIOR]

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Pelajar-pelajar Program SIJIL KK Ledang, KK Caw. Muar dan KK Caw. Pagoh,

TAHNIAH kepada saudara/i (pelajar senior) kerana telah lulus dalam peperiksaan atau telah menjalani latihan industri dengan jayanya. Berikut adalah maklumat pendaftaran bagi sesi Januari 2010:

Tarikh: 13 Januari 2010
Tempat: Makmal Bahasa Kolej Komuniti Ledang
Masa: 8.30pg-10.30pg (pendaftaran pelajar semester 2)
: 11.00pg - 1.00tgh (pendaftaran pelajar semester 4)

PENDAFTARAN TIDAK AKAN DIBUAT SELAIN DARIPADA WAKTU DI ATAS. PELAJAR YANG LAMBAT TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR. PELAJAR AKAN DIKIRA SEBAGAI PELAJAR LEWAT MENDAFTAR (DIKEHENDAKI MENGULANG SEMESTER).

Para pelajar yang akan mendaftar dikehendaki membawa bersama Surat Panggilan Mendaftar dan Surat Makluman Keputusan Peperiksaan Sesi Julai 2009 (Sesi 1/2009), Keputusan Peperiksaan Semester Satu (bagi pelajar yang mendaftar semester 2) dan membawa Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri (bagi pelajar yang mendaftar semester 4) serta yuran pengajian sebanyak RM200 dalam bentuk Wang Pos atau Kiriman Wang.

Diingatkan supaya semua pelajar mematuhi ketetapan peraturan Kolej Komuniti pada hari pendaftaran. Pihak kolej berhak menghalang pelajar daripada mendaftar jika saudara/i tidak mematuhi ketetapan tersebut. Sekiranya mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran (gagal kursus, mengulang kursus/semester dan sebagainya) sila rujuk masalah anda kepada penasihat akademik atau pensyarah kelas masing-masing.

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK