plus minus gleich
toggle
toggle
Standard Version | Smartphone Version | iPhone Version
   

Program PERSIS

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

PERSIS ataupun Perkhidmatan Siswa Kolej Komuniti Ledang Johor diadakan adalah untuk menggalakkan para pelajar kolej mendekati dan menjalinkan hubungan silaturrahim bersama masyarakat setempat dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan kursus yang diikuti seperti kursus Automotif, Bakeri dan Konfeksionari, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Perakaunan Perniagaan, Kecantikan dan Dandanan juga Fesyen dan Pakaian.

Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah seramai 24 orang yang mewakili enam kursus yang terdapat di Kolej Komuniti Cawangan termasuk dua buah kolej cawangan iaitu Kolej Komuniti Cawangan Muar dan Kolej Komuniti Cawangan Pagoh.

Program ini akan dijalankan di Kampung Jayo, Pagoh di mana para pelajar akan menginap selama 2 malam di kampung ini disamping memberi perkhidmatan siswa kepada penduduk kampung secara percuma. Program ini juga berkonsepkan homestay di mana pelajar akan tinggal bersama ibu dan bapa angkat di kampung tersebut.

 

Objektif:

- Meningkatkan ikatan ukhuwah antara warga KKLJ dengan masyarakat

- Membudayakan aktiviti pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat setempat

- Memperkenalkan Kolej Komuniti kepada masyarakat

- Meningkatkan kemahiran generik di kalangan pelajar dan pensyarah

- Meningkatkan kolaborasi antara penduduk setempat dengan Kolej Komuniti

 

Tarikh Berlangsung:

20-22 November 2009

 

Aktiviti:

Perkhidmatan siswa meliputi:

- Servis Kenderaamn

- Servis Penyaman Udara

- Membuat Kek dan Roti

- Pembelajaran Komputer (bagi pelajar sekolah rendah)

- Perkhidmatan Kecantikan dan Dandanan (facial, rambut dan urutan)

- Perkhidmatan Menjahit dan Rekaan Fesyen (baju, manik dan ikatan tudung)

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SMK

   

PERMOHONAN ONLINE KURSUS PENDEK

 

PERMOHONAN ONLINE SMK