SENAMAN merupakan pergerakan badan yang terancang, berstruktur dan berulang-ulang yang dilakukan bagi tujuan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergesan fizikal. Senaman juga dikenalpasti mempunyai peranan yang besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia juga mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani seterusnya meningkatkan produktiviti individu.
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti aerobik yang mampu menguatkan otot dan menjadikan tisu tubuh menjadi mudah lentur dan bebas melakukan pelbagai posisi dan gerakan. Berasaskan kepentingan itu, Kolej Komuniti Ledang telah menganjurkan aktiviti berbasikal yang merentasi dua daerah iaitu Ledang dan Muar Johor. Disamping dapat melatih pelajar untuk berbasikal bagi meningkatkan kecergasan diri program ini juga merupakan usaha untuk mempromosi Kolej Komuniti Ledang.
OBJEKTIF
Setelah tamat program ini diharap dapat;
- Meningkatkan kesedaran kepentingan senaman berbasikal
- Meningkatkan ketahanan diri dalam usaha mencapai matlamat
- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat akan peranan kolej komuniti di persada pendidikan negara
- Meningkatkan kemahiran insaniah di kalangan pensyarah dan pelajar
- Mengeratkan ukuwah antara Kolej Komuniti Ledang dengan masyarakat setempat
TARIKH CADANGAN
21 NOVEMBER 2009
60 orang Pelajar Kolej Komuniti Ledang (satu kumpulan 25 orang). 10 orang pelajar sebagai simpanan.
Dengan terlaksananya program ini diharap Kolej Komuniti akan menjadi lebih signifikan dalam menjadikan masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Program ini juga diharap dapat merakyatkan Kolej Komuniti dan menepati salah satu Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara iaitu mudah diakses oleh segenap lapisan masyarakat.



